Posted on

Pakar Bius & Pemain Dram, apa yang sama pada mereka?

Sharing is caring!

Pakar bius adalah salah seorang insan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu operasi pembedahan pesakit di dewan bedah.

Kehadiran mereka sangat kritikal kerana mereka yang akan memastikan pesakit diberi amaun dos ubat bius yang betul untuk memastikan kelancaran pembedahan pesakit

Pakar bius juga dikenali sebagai pakar anestatik.

Artikel kali ini akan berkongsi satu postingan oleh salah seorang doktor perubatan di wall Facebook beliau.

Nama beliau ialah Doktor Sakinah Sulong.

Pre-operation assessment.

Untuk melakukan sesuatu pembedahan, seseorang pesakit perlu berjumpa Dr Bius atau dipanggil Anaesthetic Doctor.

Kenapa nak jumpa?

1. Untuk menilai risiko pesakit ini untuk prosedur bius yang akan dijalankan. Ia bukan tiada risiko atau kesan sampingan jadi ia perlu dinilai. Pemeriksaan darah, ECG dan X ray dada mungkin diperlukan, lebih-lebih lagi kalau umur sudah melewati 40-an.
Pemeriksaan fizikal juga perlu dilakukan seperti rongga mulut, saiz dagu/rahang dan pemeriksaan asas yang lain untuk memastikan bius dapat diberi tanpa sebarang masalah.

2. Untuk menerangkan kepada pesakit dan ahli keluarga terdekat tentang prosedur bius yang akan dilakukan dalam dewan bedah. Apa langkah-langkah yang akan dilakukan bila bius diberi. Adakah bius penuh atau bius separuh.
Apa pula keperluan yang perlu diambil oleh pesakit menjelang hari pembedahan, contohnya perlukah berpuasa, perlukah kemasukan ke hospital dan sebagainya. Malah,
gigi palsu atau gigi goyang pun kena dikeluarkan sekiranya ada.

Walaupun bukan Dr Bius yang melakukan pembedahan, namun penilaian mereka penting untuk memastikan pembedahan berjalan dengan lancar. Mereka lah yang akan ‘menidurkan’ dan ‘menyedarkan’ anda sebelum dan selepas pembedahan. Muka merekalah yang paling akhir yang anda tatap sebelum anda ditidurkan.

Jadi sila lah beri kerjasama dan beri maklumat yang betul. Sebarang ubat-ubatan yang diambil perlu diberitahu, termasuklah produk suplimen!
Pernah dilaporkan kesan pendarahan yang teruk semasa pembedahan yang tidak dijangka, setelah disiasat rupanya pesakit mengaku mengambil spirulina.

Sekiranya ada masalah dengan prosedur bius pada masa lalu, perlulah diberitahu kepada Dr Bius yang dijumpa agar mereka lebih bersedia. Terdapat pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan Dr Bius perlu membuat penilaian menyeluruh. Ada masanya kaedah pemberian ubat bius akan ditukar sekiranya ada masalah yang dijangka.

Yang penting, Dr Bius bagi tidur supaya pembedahan boleh berjalan lancar. Pernah bayangkan pembedahan tanpa bius? 😩😩😩
Bersunat yang sikit pun menangis siang malam minta ibu tiupkan, apatah lagi kalau luka pembedahan. Ada berani?

#SekaliSekalaJadiPatient 🙂
#Membebelsayang

Jadi, apa kaitannya dengan Pakar Bius & pemain dram?

Dalam satu kumpulan persembahan, pemain dram sering duduk di bahagian belakang. Terlindung di sebalik penyanyi utama & pemain gitar.

Pemain dram lebih kurang dikenali ramai berbanding kawan-kawan beliau yang bermain gitar & menyanyi.

Tetapi tahukah anda, tanpa pemain dram, rentak persembahan live kumpulan tersebut akan pincang?

Ketukan dram sebenarnya menjadi rujukan utama kepada para pemain gitar & penyanyi.

Dram yang memandu irama lagu

Tak percaya?

Tanyalah kawan-kawan anda yang bermain musik.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *