Posted on

Tempe: Kebaikan Makanan Kegemaran Orang Jawa

Asal Jawa je mesti selalu kena dikaitkan dengan tempe kan?

Populasi Jawa yang mendominasi sebahagian besar negeri Selangor, Johor & Perak memang terkenal dengan masakan menu enak berasaskan tempe

Sebut sahaja menu berasaskan tempe, daripada yang rebus, gulai, bergoreng, bersambal semua ada.

Cuma belum pernah dengar lagi kombinasi tempe dengan cheese lagi.

Ke dah ada?

Artikel ini  akan berkongsi 3 kebaikan utama makanan murah & berkhasiat kegemaran orang Jawa yang dipanggil tempe ini

 

Kebaikan Tempe Nombor Satu: Tempe kaya dengan kandungan kalsium setanding dengan susu

Penemuan ini adalah hasil kajian kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar [1]

Bahan utama tempe iaitu kacang soya mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang amat diperlukan untuk penjagaan tulang yang kuat.

Kalsium yang diserap oleh tulang manusia mampu menjadikan tulang lebih kukuh.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan masalah osteoporosis yang teruk.

Masalah osteoporosis lebih sinonim dengan kaum wanita kerana kebanyakan wanita yang mengandung, bayi dalam kandungan akan bertindak menyedut kandungan kalsium dalam badan ibu untuk proses pembesaran janin

Prof Suzana berkata tempe didapati dapat menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh.

“Empat keratan tempe adalah setara dengan sejumlah serapan kalsium yang diperolehi dari satu gelas susu,” katanya semasa sidang akhbar ‘Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini adalah satu berita baik untuk mereka yang mengalami masalah Lactose Intolerent. Mereka yang menghidapi masalah lactose intolerent biasanya tidak dapat meminum produk tenusu yang mempunyai kandungan Laktosa yang tinggi di dalamnya

Dari segi sudut ekonomi, harga tempe yang mampu milik ternyata menjadi alternatif yang lebih baik kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan sumber kalsium yang murah, mudah & banyak.

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Dua: Sumber protein yang bagus

Kacang soya yang merupakan bahan asas pembuatan tempe merupakan daripada keluarga Legum.

Seperti yang kita sedia maklum,antara sumber protein semulajadi yang tinggi boleh didapati daripada tumbuhan keluarga legum, ikan & daging

Kenapa protein penting dalam diet seharian kita?

  • untuk pertumbuhan & membaiki tisu-tisu dalam badan
  • membantu mengekalkan kandungan cecair dalam tubuh badan
  • membantu meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dengan meningkatkan keupayaan antibodi dalam badan
  • membantu enzim-enzim dalam badan untuk berfungsi dengan sempurna

Jadi, dengan menambah hidangan tempe dalam diet pemakanan anda, secara tidak langsung anda boleh mendapat sumber protein yang murah & mudah

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Tiga: Membantu Meningkatkan kesihatan Usus

Saban hari kita dihidangkan dengan iklan di media massa tentang kebaikan minuman kultur yang kaya dengan kandungan bakteria baik untuk usus kan?

Bermacam-macam jenama berlumba-lumba mengeluarkan kempen-kempen iklan untuk mempromosikan kebaikan minuman berkultur dengan bakteria prebiotic ini.

Namun, kebanyakan minuman probiotic di pasaran juga didapati mengandungi kandungan gula tambahan yang tinggi.

Niat kita nak bagi anak-anak kita membesar dengan sihat sebab sistem pencernaan mereka lebih sihat, alih-alih anak-anak kita boleh terdedah kepada risiko obesiti & diabetes pula

Menakutkan kannnn?

Jadi, apakata ibu-ibu bertukar kepada alternatif yang lebih murah, mudah & sihat untuk membekalkan probiotic kepada anak-anak anda.

Untuk menghasilkan tempe, kacang soya perlu ditapai & dibiarkan pada tempoh masa tertentu sebelum ia menjadi tempe.[2]

Proses penapaian ini turut menghasilkan bakteria probiotic yang sangat bagus untuk kesihatan usus.

Jadi, jadilah ibu-ibu yang lebih bijak & prihatin

Berilah tempe kepada anak-anak anda sebagai alternatif minuman kultur probiotic yang tinggi gula di pasaran

 

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share dengan mereka yang anda kasihi

Posted on

Pakar Bius & Pemain Dram, apa yang sama pada mereka?

Pakar bius adalah salah seorang insan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu operasi pembedahan pesakit di dewan bedah.

Kehadiran mereka sangat kritikal kerana mereka yang akan memastikan pesakit diberi amaun dos ubat bius yang betul untuk memastikan kelancaran pembedahan pesakit

Pakar bius juga dikenali sebagai pakar anestatik.

Artikel kali ini akan berkongsi satu postingan oleh salah seorang doktor perubatan di wall Facebook beliau.

Nama beliau ialah Doktor Sakinah Sulong.

Pre-operation assessment.

Untuk melakukan sesuatu pembedahan, seseorang pesakit perlu berjumpa Dr Bius atau dipanggil Anaesthetic Doctor.

Kenapa nak jumpa?

1. Untuk menilai risiko pesakit ini untuk prosedur bius yang akan dijalankan. Ia bukan tiada risiko atau kesan sampingan jadi ia perlu dinilai. Pemeriksaan darah, ECG dan X ray dada mungkin diperlukan, lebih-lebih lagi kalau umur sudah melewati 40-an.
Pemeriksaan fizikal juga perlu dilakukan seperti rongga mulut, saiz dagu/rahang dan pemeriksaan asas yang lain untuk memastikan bius dapat diberi tanpa sebarang masalah.

2. Untuk menerangkan kepada pesakit dan ahli keluarga terdekat tentang prosedur bius yang akan dilakukan dalam dewan bedah. Apa langkah-langkah yang akan dilakukan bila bius diberi. Adakah bius penuh atau bius separuh.
Apa pula keperluan yang perlu diambil oleh pesakit menjelang hari pembedahan, contohnya perlukah berpuasa, perlukah kemasukan ke hospital dan sebagainya. Malah,
gigi palsu atau gigi goyang pun kena dikeluarkan sekiranya ada.

Walaupun bukan Dr Bius yang melakukan pembedahan, namun penilaian mereka penting untuk memastikan pembedahan berjalan dengan lancar. Mereka lah yang akan ‘menidurkan’ dan ‘menyedarkan’ anda sebelum dan selepas pembedahan. Muka merekalah yang paling akhir yang anda tatap sebelum anda ditidurkan.

Jadi sila lah beri kerjasama dan beri maklumat yang betul. Sebarang ubat-ubatan yang diambil perlu diberitahu, termasuklah produk suplimen!
Pernah dilaporkan kesan pendarahan yang teruk semasa pembedahan yang tidak dijangka, setelah disiasat rupanya pesakit mengaku mengambil spirulina.

Sekiranya ada masalah dengan prosedur bius pada masa lalu, perlulah diberitahu kepada Dr Bius yang dijumpa agar mereka lebih bersedia. Terdapat pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan Dr Bius perlu membuat penilaian menyeluruh. Ada masanya kaedah pemberian ubat bius akan ditukar sekiranya ada masalah yang dijangka.

Yang penting, Dr Bius bagi tidur supaya pembedahan boleh berjalan lancar. Pernah bayangkan pembedahan tanpa bius? ūüė©ūüė©ūüė©
Bersunat yang sikit pun menangis siang malam minta ibu tiupkan, apatah lagi kalau luka pembedahan. Ada berani?

#SekaliSekalaJadiPatient ūüôā
#Membebelsayang

Jadi, apa kaitannya dengan Pakar Bius & pemain dram?

Dalam satu kumpulan persembahan, pemain dram sering duduk di bahagian belakang. Terlindung di sebalik penyanyi utama & pemain gitar.

Pemain dram lebih kurang dikenali ramai berbanding kawan-kawan beliau yang bermain gitar & menyanyi.

Tetapi tahukah anda, tanpa pemain dram, rentak persembahan live kumpulan tersebut akan pincang?

Ketukan dram sebenarnya menjadi rujukan utama kepada para pemain gitar & penyanyi.

Dram yang memandu irama lagu

Tak percaya?

Tanyalah kawan-kawan anda yang bermain musik.

Posted on

Doktor lelaki ini kongsi 9 tips penting penjagaan anak lepas bersunat

Bersunat adalah salah satu kewajipan bagi umat islam. Antara hikmah bersunat ialah ia untuk menjaga kesucian kita daripada najis.

Salah seorang doktor telah memuat naik posting di Facebook beliau pada tahun 2016 tentang penjagaan sunat untuk anak-anak lelaki kita

Perkongsian beliau yang secara santai ternyata lebih menghiburkan walaupun penuh dengan nasihat-nasihat perubatan

Jadi mari kita tengok apa tips yang beliau kongsikan tu.

 

Sekarang ni musim sunat.

Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 – 10 hari lps sunat, dgn masalah ” luka tak sembuh ” / ” bengkak/ bentan” / ” byk kulit + darah kering atau keruping melekat.

Ramai parents yg risau terutamanya mak mak.

Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat ” kulit keruping byk melekat” boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan.Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan / bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya ” anak sunat guna clamp ke cara biasa?”. Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman ūüėāūüėā

Harap perkongsian oleh Khairul Faizie ini dapat membantu mak-mak lebih tenang dalam menjaga anak bujang mereka lepas bersunat/berkhatan

Posted on

Bahayakah pil-pil ubat anda yang berwarna-warni itu?

Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa pil-pil yang anda dapat daripada farmasi, klinik mahupun hospital berwarna-warni?

Sesetengahnya ada yang berwarna oren terang, merah menyala, dari jauh dah boleh nampak pil tersebut

Tapi ada pulak yang cuma berwarna putih macam pil Paracetamol @ Panadol

Kenapa ya agaknya ubat-ubatan pil ni ada berbagai-bagai warna & saiz?

Artikel kali ini akan mengupas sejarah & sebab kenapa pil-pil ubatan kita datang dalam perlbagai bentuk & warna-warni.

 

Sejarah pembuatan pil & tablet perubatan

  • Paling awal dikesan kewujudan ubat dalam bentuk pil ialah semasa zaman Mesir Purba
  • Pada zaman itu, campuran ubat dilapisi oleh tanah liat atau roti pada bahagian luarnya, dan dibentuk dalam bentuk sfera seperti telur cicak atau kuih bijan atau kuih onde-onde
  • Selama 5000 tahun seterusnya, sehingga pertengahan abad ke 20, pil ubatan yang dihasilkan hanya dalam bentuk bulat & berwarna putih. Tiada warna lain selain putih, seputihnya warna salju di danau rindu
  • Hanya pada tahun 60-an, di zaman era muzik Irama 60-an menjadi fenomena di Malaya, baharulah revolusi warna melanda sektor penghasilan ubat-ubatan dalam bentuk pil atau tablet
  • Dengan kepesatan teknologi pada sekitar tahun 70-an,¬† penghasilah ubatan pil & tablet dalam kepelbagaian warna menjadi semakin rancak & pantas, terima kasih kepada penemuan teknologi kapsul gel lembut yang memungkinkan penghasilan ubatan pil & tablet dalam warna-warni
  • Warna terang yang memukau pandangan mata hadir dahulu seperti warna merah ceri, hijau limau & kuning buah oren
  • Pada zaman kini, kapsul gel boleh diwarnakan dengan 80,000 pilihan warna yang ada.

 

Warna ubat & persepsi

  • Leslie Harrington, PhD, Executive Director of the Color Association of the United States (CAUS), menerangkan warna pada pil & tablet ubatan memberikan peranan besar dalam menerbitkan persepsi yang sepatutnya kepada pesakit
  • Persepsi ini akan seterusnya memainkan emosi mereka
  • Warna dianggap sebagai “ejen yang memberikan maksud”.
  • Kerapkali kita mengaitkan warna dengan maksud yang tertentu seperti biru untuk menenangkan, merah untuk pantas & sebagainya
  • Ada laporan menyatakan yang para pesakit memberikan tindak balas yang pantas terhadap warna pil yang diambil dengan kesan warna pil tersebut.
  • Contoh: Warna biru muda untuk memberikan tidur malam yang lebih lena & warna merah menyala menjanjikan kesan perubatan yang pantas selepas diambil.

 

Warna ubat & identiti jenama

  • Industri farmasitekul juga menggunakan warna sebagai salah satu cara untuk membina pengalaman-¬†untuk menambah & memperkasakan sifat & jenama ubat mereka di kalangan¬†minda para pesakit & pengguna ubat mereka
  • Kebanyakan ubatan yang dahulunya hanya boleh di dapati setelah doktor memberi deskripsi, kini lebih mudah untuk di dapati di kaunter-kaunter farmasi di luar
  • Warna boleh dianggap status kuasa besar kerana ia merupakan asas kepada personaliti dadah itu sendiri
  • Warna boleh membantu pelanggan untuk membuat pembelian ubatan jenama tertentu dengan pemilihan warna oleh syarikat yang menghasilkan jenama ubatan tersebut kerana warna secara tidak langsung membantu merangsang rayuan emosi, untuk menerangkan nilai kesan ubat tersebut (seperti ubat tahan sakit yang boleh dipercayai) & untuk membezakan jenama syarikat ubat (contoh membezakan jenama Panadol & Uphamol)
  • Sebagai contoh kenapa pemilihan warna yang betul memberikan kesan yang nyata dalam membantu merangsang penjualan ubat adalah dengan melihat kajian kes 2 buah syarikat besar yang menawarkan perubatan dalam bidang kesuburan lelaki
  • 2 syarikat itu ialah Viagra & Levitra
    • Viagra hadir dalam pasaran pada tahun 1997
    • Mereka hadir dalam pil berbentuk berlian & berwarna biru
    • Viagra adalah salah satu contoh kejayaan besar dalam industri farmasetikul
    • Mereka mencatat rekod jualan sebanyak $1.74 billion USD (bukan RM 2.6 billion ya) hanya dalam tempoh setahun
    • Pada tahun 2002, syarikat pesaing jenama Levitra telah melakukan kajian pasaran untuk bersaing & meningkatkan jualan ubat mereka
    • Tujuan mereka hanya satu: “Bagaiamana nak mengalahkan si biru?” ; merujuk kepada warna pil viagra yang berwarna biru langit
    • Hasil kajian mendapati para pengguna Viagra tidak dapat berkenan dengan warna biru pada viagra
    • Mereka menganggap yang warna biru melambangkan “menghidap penyakit & terlalu dingin”
    • Berdasarkan data kajian ini. pihak Levitra telah mengubah penampilan pada pil mereka dengan menukar warna kepada warna oren yang lebih terang & menyala
    • Sebagai tambahan, mereka turut menukar logo kepada warna oren & api yang berwarna ungu
    • Ini sebagai usaha untuk memberi gambaran kepada para pengguna mereka yang ubat mereka dapat membantu pesakit menjadi lebih bertenaga & berasa lebih muda!

 

Warna ubat  & keselamatan

  • Kepelbagaian bentuk & warna ubat juga dapat membantu meningkatkan aspek keselamatan ubatan itu sendiri
  • Ini banyak membantu ahli farmasi daripada lebih banyak salah memberi ubat kepada pesakit.
  • Terdapat kes yang dilaporkan yang ahli farmasi silap memberi ubat kepada pesakit
  • Ini bukan sahaja tidak bagus untuk imej profesionalisma, namun yang lebih utama ialah keselamatan pesakit itu sendiri
  • Jika pesakit mengambil ubat yang salah pada dos yang salah, sudah pasti nyawa mereka akan terancam

Warna ubat & kecekapan penggunaan

  • Kajian yang dilakukan, dengan mewarnakan ubat, sedikit sebanyak dapat membantu pesakit mengambil ubat dengan lebih mudah
  • Lebih-lebih lagi warga emas yang perlu mengambil ubat yang kadang-kala tidak mempunyai penglihatan yang jelas
  • Warna ini dapat membantu mereka membezakan mana satu ubat yang perlu ditelan pada waktu yang ditetapkan
  • Contohnya untuk waktu malam, atuk perlu makan ubat kolesterol , vitamin & zat besi. Jadi jika ubat kolesterol berwarna merah jambu, vitamin berwarna oren terang & zat besi berwarna kuning, atuk akan lebih mudah untuk mengingat & mengambilnya dalam kuantiti & bilangan yang betul

 

Jadi kesimpulannya, warna pada ubat tidak membahayakan pesakit, malahan warna-warni ini dapat membantu pesakit & mengurangkan bahaya akibat kecuaian dalam pengambilan & pemberian ubat

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sharelah dengan orang lain

 

 

 

 

 

Rujukan:

  1. The Color of Medications – https://www.colormatters.com/color-symbolism/the-color-of-medications
  2. Why is that tablet blue? – https://www.pharmacist.com/why-tablet-blue
  3. Why are medicine capsules coloured? Рhttps://www.quora.com/Why-are-medicine-capsules-coloured
Posted on

Mereka sering dipersenda kerana berkulit gelap tapi mereka lebih bertuah daripada yang berkulit cerah

Kulit gelap adalah satu satu anugerah tuhan kepada makhluk yang dicipta-Nya

Kulit gelap secara semulajadinya kaya dengan kandungan pigmen melanin & memiliki lebih banyak melanosomes

Melanosomes memberikan perlindungan unggul terhadap punca kerosakan yang disebabkan oleh radiasi sinaran ultraviolet (UVR)

Secara amnya,pancaran sinaran radiasai ultraviolet yang paling kerap & paling tinggi kita hadapi adalah daripada pendedahan kepada pancaran sinaran matahari

Orang yang berkulit gelap amat bertuah di Malaysia ini kerana mereka bakal mendapat manfaat yang lebih

Pigmentasi gelap pada kulit mereka dapat membantu:

  • ¬†melindungi daripada kerosakan DNA
  • membantu menyerap jumlah radiasi UV yang betul untuk keperluan badan
  • membantu memberi perlindungan daripada masalah kekurangan Folate

 

Apakah itu Folate?

  • ¬†Folate ialah Vitamin B Kompleks yang larut dalam air
  • biasanya banyak didapati di dalam sayuran berdaun hijau, bijian gandum penuh & buah-buahan citrus

Folate, wanita & kehamilan

 

  • Folate sangat penting untuk wanita.
  • Kandungan folate yang mencukupi sangat kritikal untuk mengekalkan kesihatan telur untuk menjamin kehamilan yang bagus & sempurna
  • Kandungan folate yang mencukupi dapat mengurangkan risiko keguguran semasa awal kehamilan kerana ia membantu proses pelekatan telur yang telah disenyawakan kepada dinding rahim
  • Folate juga sangat penting untuk perkembangan placenta selepas proses persenyawaan berlaku
  • Untuk menjamin perkembangan bayi dalam kandungan, perkemnbangan organ & pembentukan tiub saraf yang sempurna, memastikan kandungan folate yang mencukupi dalam badan semasa tempoh kehamilan adalah sangat penting juga

Folate, lelaki & kehamilan

  • ¬†Folate penting untuk menjamin penghasilan sperma yang normal
  • Penghasilan sperma yang tidak normal akan sedikit sebanyak menjejaskan proses kehamilan pada si isteri

 

Folate & sistem saraf

  • ¬†Folate juga memainkan peranan penting dalam pembentukan myelin
  • Myelin ialah sejenis bahan yang bertindak sebagai sarung yang meliputi sel saraf & menjadikan aktiviti penghantaran isyarat elektrik dalam sistem saraf menjadi lebih pantas
  • Ia juga sangat diperlukan dalam pembentukan kebanyakan sistem pemancar neuro dalam sistem saraf manusia seperti seratonin
  • Seratonin berfungsi sebagai pengawal selera makan, tidur & juga perasaaan dalam manusia

 

Folate akan terurai apabila terdedah kepada pancaran sinaran radiasi UV yang tinggi

Kandungan melanin yang tinggi dalam pigmen kulit gelap memberikan kelebihan ini & ini mengurangkan risiko mereka mendapat kanser kulit & kerosakan sistem saraf akibat kekurangan folate

 

Melanin & kesihatan kulit

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 telah merumuskan penemuan baharu tentang kelebihan mereka yang berkulit gelap ini

” Hasil kerja yang dilakukan di dalam makmal telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pigmentasi kulit yang lebih gelap memiliki lebih fungsi, termasuk lebih bagus dalam menghalang kehilangan air pada kulit, mempunyai keutuhan kulit yang lebih tinggi & perlindungan terhadap antimicrobial yang lebih bagus, & kami mula untuk berfikir tentang kemungkinan proses evolusi yang lebih nyata” Peter Elias, MD, Professor Dermatologi

 

Hasil kajian oleh Elias & kumpulannya, mereka mendapati bacaan nilai pH kulit yang berpigmen gelap adalah lebih rendah daripada kulit berpigmen cerah

Ini menunjukkan yang permukaan kulit yang gelap adalah lebih berasid

Lebih tinggi kandungan asid, lebih tinggi perlindungan yang diberikan terhadap microb patogenik & pada masa yang sama meninggikan penghasilan molekul yang kritikal untuk kulit menyimpan & mengekalkan kelembapan

 

Kesimpulannya, setiap kejadian Tuhan itu mempunyai kelebihan

Janganlah kita mempersenda atau menjadikan mereka yang berkulit gelap itu sebagai bahan jenaka mahupun bahan marketing untuk produk & perniagaan kita

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sharelah dengan mereka yang anda kasihi

Posted on

Tips Menyelamatkan Nyawa Jika Di Patuk Ular

Dipatuk ular berbisa suatu yang mengerikan kerana biasanya boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Kemajuan sains perubatan & rawatan sempurna lebih bersedia berhadapan situasi cemas sebegini memadangkan negara ini juga antara habitat reptilia berkenaan daripada spesis berbisa

Salah satu perkara yang akan dilakukan oleh pegawai perubatan apabila menerima kes pesakit yang dipatuk ular berbisa adalah dengan menyuntik Antivenom kepada pesakit, setelah menilai keadaan pesakit terlebih dahulu

Walaupun begitu, orang awam perlu juga cakna & mengambil tahu akan panduan kecemasan yang perlu dilakukan jika terjadi kes patukan ular berbisa

Patukan ular berbisa amat berbahaya kerana jika terdapat kelewatan rawatan diberi kepada si mangsa, mangsa boleh mengalami kesesakan nafas yang serius & boleh meninggalkan dunia dalam tempoh setengah jam (30 minit)

Di Malaysia, rekod menunjukkan terdapat lebih daripada 140 jenis ular yang tinggal di daratan ataupun kawasan berair

Berita baiknya, daripada ratusan spesis tersebut, hanya 16 jenis ular darat & 21 jenis ular laut yang di kelaskan sebagai ular berbisa.

Secara umumnya, ular dapat dikategorikan kepada 3 jenis spesis besar

 

  • Spesis Elapid
    • ¬† Patukan daripada ular spesis ini mampu melemahkan otot mata & bengkak yang kecil
    • ¬† Dalam tempoh 48 jam, jika tidak diberikan rawatan kecemasan yang sepatutnya, mangsa boleh mengalami kegagalan pernafasan & boleh menyebabkan kematian kepada mangsa
    • Patukan ular ini terdapat antivenom
  • Spesis Viper
    • Patukan daripada spesis ular ini boleh menyebabkan mangsa mengalami lumpuh & pendarahan
    • Tubuh mangsa akan mengalami kesan renjatan akibat tindak balas kepada bisa ular ini & jika tidak diberikan rawatan yang sepatutnya dalam tempoh 72 jam, mangsa boleh mati
    • Patukan ular ini terdapat antivenom
  • Spesis ular air
    • Spesis yang paling bahaya bisa patukannya
    • Paling berbisa & boleh menyebabkan mangsa patukan mendapat kekejangan abdomen yang serius
    • Biasanya mangsa mengalami kesan kesakitan yang serius & boleh kehilangan nyawa dalam tempoh hanya 2 jam – 12 jam.

Bagaimanakah antivenom dihasilkan?

  1.   Bisa ular disuntik pada haiwan; biasanya samada kuda ataupun kambing
  2.   Tujuan bisa disuntik ke dalam badan haiwan tersebut adalah untuk membolehkan sistem pertahanan badan haiwan tersebut menghasilkan antibodi untuk melawan kesan bisa tersebut
  3.   Antibodi tersebut akan di ambil & seterusnya diproses untuk menghasilkan antivenom yang boleh melawan & meneutralkan bisa ular

 

Sekiranya mangsa dipatuk ular berbisa, segera kejarkan mangsa ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan suntikan antivenom kerana prosedur memberikan antivenom kepada mangsa patukan ular berbisa hanya boleh dilakukan di hospital

 

Jangan lakukan ini jika dipatuk ular berbisa:

  1.  Jangan ikat bahagian anggota badan yang dipatuk atau meletakkan ais pada tempat yang dipatuk
  2. Jangan mengurut atau membelah bahagian badan yang dipatuk ular berbisa
  3. Jangan menyedut keluar bisa ular daripada luka yang dipatuk dengan menggunakan mulut
  4. Jangan mengambil kafein atau alkohol kerana ia boleh menggalakkan penyebaran bisa
  5. Jangan cuba menangkap ular. Ingat jenis atau warna ular untuk memudahkan proses rawatan. Lebih mudah jika anda sempat mengambil gambar ular yang mematuk anda dengan menggunakan telfon pintar iPhone XS anda. Telefon pintar lain yang mempunyai kamer juga boleh digunakan seandainya anda tidak mampu untuk membeli iPhone XS

 

Apa yang perlu dibuat jika dipatuk ular berbisa:

  1.  Bertenang & jauhkan diri anda dari kedudukan ular tersebut berada
  2. Jika anda mampu, berdiri tegak. Dengan kedudukan sebegitu, diharapkan bisa ular akan turun di bawah paras jantung
  3. Bersihkan luka patukan tetapi jangan menggunakan air. Balut dengan kain bersih & kering
  4. Segera dapatkan rawatan di klinik, hospital ataupun pusat perubatan yang berhampiran

 

Rawatan Kecemasan jika dipatuk ular berbisa

  1.  Jangan alih atau gerakkan mangsa yang dipatuk ular berbisa- bisa bergerak di dalam tubuh dengan lebih pantas jika berlaku pergerakan badan
  2. Basuh bekas tempat luka patukan
  3. Balut seluruh bahagian tempat luka patukan ular berbisa itu
  4. Segera dapatkan rawatan doktor
  5. Jangan update status dahulu di Facebook, Instagram, Twitter mahupun tiktok sebelum anda mendapat rawatan kecemasan daripada pakar perubatan kerana perbuatan ini tidak dapat menyelamatkan anda daripada bahaya bisa yang telah pun masuk ke dalam badan anda

 

 

Posted on

Bolehkah Ambulans “melanggar” lampu merah?

Mesti ramai antara kita yang tertanya-tanya, apakah sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit & membunyikan siren serta menghidupkan lampu kecemasan boleh melanggar lampu isyarat yang sedang berwarna merah?

Apakah ada mana-mana Akta yang diwartakan yang membenarkan situasi ini berlaku?

Artikel kali ini akan berkongsi hantaran Facebook oleh salah seorang pengamal undang-undang di Malaysia, Tuan Peguam Hasif Hassan.

 

Coretan Peguam

HAK LALUAN

Pada kali ini saya ingin menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah.

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yang berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita turut merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yang berkaitan dengan perkara ini.

Tulisan ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

-Tak kan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.
-Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.
-Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama.
-Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulans , apa perasaan kita
-Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulans , baru tahu susahnya jika ambulans lambat sampai ke hospital.
-Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulans telah berlaku.

Mengikut undang undang, sesebuah ambulans perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu ;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.
-Pemandu ambulans juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulans tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia ‘ mereka. Mereka tidak sedar kewujudan ambulans pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.
Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.
Secara tiba tiba muncul ambulans dan merempuh kenderaan terbabit.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans ?

Begitu juga apabila ambulans berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.
Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemalangan itu mengakibatkan kematian kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulans hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan dan boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, jika pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans ‘mungkin mati dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian mereka adalah pada logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan ini.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.
Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Sekian.

(Repost)

Posted on

Faedah kesihatan yang diperolehi daripada pelukan

Pelukan adalah salah satu aktiviti yang dapat memberikan banyak faedah kesihatan kepada kita

Secara sedar atau tidak, sentiasa memeluk insan yang kita kasihi dapat memberikan faedah-faedah  seperti di bawah:

 

  1: Mengurangkan tekanan

  • ¬† Kajian menunjukkan, apabila kita memeluk orang yang kita sayangi & kasihi, tubuh badan kita akan menghasilkan satu hormon
  • Hormon ini dipanggil oxytocin
  • Hormon oxytocin mampu menerbitkan perasaan tenang di dalam badan kita & ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menangani masalah stress dengan lebih baik
  • Sebagai contoh, anda akan mampu untuk ketawa, mengalihkan perhatian daripada masalah yang menyebabkan anda stress ataupun dapat membantu anda untuk menyelesaikan apa jua masalah yang sedang anda hadapi
  • Ia juga dapat merendahkan tekanan darah anda & juga merendahkan “hormon stress” anda yang dikenali sebagai cortisol

 

 

  2: Jantung anda mungkin berterima kasih kepada anda

  • ¬†Tekanan darah yang rendah & tekanan perasaan yang rendah adalah kombinasi yang baik untuk menjamin kesihatan jantung anda
  • Yang paling nyata, para wanita yang paling banyak mendapat manfaat daripada aktiviti berpelukan ini menurut kata saintis
  • Namun, yang pasti para lelaki juga tidak terlepas daripada mendapat manfaat yang sama

 

 

 3: Melegakan kesakitan

  • ¬†Jika anda mengalami kecederaan, pelukan yang bagus mungkin boleh memberikan lebih manfaat kepada anda daripada sekadar sebagai sokongan moral
  • Hormon oxytocin yang dirembeskan semasa berpelukan mampu juga menghalang isyarat kesakitan daripada sampai ke otak

 

 4: Melawan jangkitan selsema

  • ¬†Pelukan daripada insan yang anda percayai diyakini dapat membantu melindungi anda daripada serangan virus ini
  • Jika anda telah menghidap selsema sekalipun, pelukan erat daripada insan yang anda percayai & kasihi diyakini mampu mengurangkan jangkitan anda daripada menjadi lebih teruk

 

 5: Mengeratkan hubungan dengan pasangan anda

  • ¬†Kadangkala, oxytocin juga dipanggil sebagai “hormon cinta”
  • Lebih banyak anda berpelukan dengan pasangan anda, lebih bahagia dapat anda kecapi
  • Kajian juga menunjukkan pasangan yang sentiasa berpelukan dengan kasih sayang didapati lebih menikmati kebahagiaan, kegembiraan, lebih sihat & lebih kurang stress

 

 6: Membantu anda tidur dengan lebih nyenyak

  • ¬†Sensasi nyaman & bahagia yang diterbitkan daripada rembesan hormon oxytocin sekali lagi mampu mendapatkan anda tidur yang lebih nyenyak
  • Ingin tidur yang lebih nyenyak? Peluklah pasangan anda semasa bersama-sama di atas katil sebelum anda berdua lena dibuai mimpi

 

 7: Anda akan lebih mudah memahami bayi anda

  • ¬†Ibubapa yang sering memeluk anak mereka, terutama dalam keadaan sentuhan kulit secara terus, akan menjadikan mereka lebih rapat dengan mudah
  • Anda akan lebih mudah untuk memahami kehendak bayi anda
  • Kajian menunjukkan yang para ibu akan menjadi lebih kurang stress, dan si ayah akan lebih berasa bertanggungjawab
  • Ibu yang kurang stress akan lebih mudah untuk menghasilkan susu untuk tujuan penyusuan badan
  • Dan si kecil?
  • Mereka akan lebih kurang menangis, mendapat tidur yang lebih berkualiti & mendapat susuan yang mencukupi

 

 

 8: Bayi akan lebih sihat

  • ¬†Pelukan dengan penuh kasih sayang terhadap si kecil anda akan dapat meningkatkan tahap oksigen bayi anda, mejadikan pernafasan mereka lebih tenang & mengurangkan rasa sakit
  • Antara keajaiban kuasa pelukan kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, pelukan dilihat dapat meningkat kadar peluang untuk mereka hidup, sehingga satu pertiga lebih tinggi
  • Pelukan juga dapat membantu perkembangan otak si kecil anda serta mengurangkan rasa sakit akibat penyakit seperti hipothermia ataupun hipoglisema pada bayi anda

 

Nah, banyakkan manfaat yang boleh diperolehi daripada aktiviti berpeluk ini.

Yan paling best, ia adalah percuma

Tapi pastikan anda melakukan aktiviti ini dengan pasangan anda, jangan pula cuba-cuba nak berpelukan dengan pasangan jiran anda

Takut anda nanti dipeluk tanah untuk selamanya pula

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsilah dengan yang lain ya

Posted on

Mengejutkan: Ini apa yang terjadi pada badan anda selepas minum minuman ini

Artikel ini akan mengupas fakta mengejutkan tentang minuman yang berselindung di sebalik iklan yang mendakwa mampu memberikan anda lebih tenaga.

Benarkah dakwaan mereka?

Kita biasa terlihat atau terdengar tentang syarikat-syarikat pengeluar minuman bertenaga di media sosial, media cetak mahupun media massa.

Antara jenama minuman pemberi tenaga yang sinonim dengan kita di Malaysia adalah Livita, Red Bull, Tongkat Ali, Monster Energy Drink dan lain-lain lagi jenama

Artikel kali ini akan memfokuskan kepada salah satu daripada jenis minuman pemberi tenaga yang popular dalam senarai di atas, iaitu Red Bull

Adakah anda tahu apakah nutrisi yang terkandung dalam setin minuman tenaga Red Bull?

Sumber: USRDA

 

Seperti yang kita lihat, setin Red Bull mengandungi lebih kurang 80mg kafein

Mari kita lihat perincian apa yang terjadi dalam badan kita dalam tempoh 24 jam selepas meminum Red Bull

 

Selepas 10 minit meminum Red Bull

  • Kebiasaanya, selepas anda mula meminum minuma bertenaga, masa yang di ambil untuk kafein masuk dalam aliran darah ialah selama 10 minit
  • Dlam tempoh ini kadar degupan jantung & tekanan darah anda mula bertambah

 

Selepas 15-45 minit meminum Red Bull

  • Ini adalah tempoh di mana kandungan kafein mencapai aras puncak dalam aliran darah anda
  • Ketika ini, keupayaan anda untuk menjadi lebih prihatin dengan keadaan sekeliling juga bertambah
  • Fokus & daya konsentrasi ada pada tahap yang jauh lebih baik daripada sebelum anda mengambil kafein

 

Selepas 30-50 minit meminum Red Bull

  • Tempoh ini adalah tempoh di mana kesemua kaffein yang diambil anda telah diserap oleh badan sepenuhnya
  • Hati anda juga telah bertindak balas dengan menyerap lebih gula ke dalam aliran darah anda

 

Selepas 1 jam meminum Red Bull

  • Badan akan mula mengalami satu fenomena yang dipanggil Sugar Crash.
  • Ini terjadi kerana kesan kafein dalam darah telah mula menurun
  • Anda akan mula berasa letih serta tenaga anda akan mula menurun

 

Selepas 5 hingga 6 jam meminum Red Bull

  • Ini adalah tempoh separuh hayat kafein
  • Maksudnya, badan anda mengambil tempoh masa sepanjang ini untuk mengurangkan kandungan kafein dalam darah anda ke tahap 50%
  • Perhatian: Wanita yang sedang dalam sesi pengambilan pil perancang akan mengambil masa yang lebih lama daripada ini, sehingga 2 kali ganda lamanya

 

Selepas 12 jam meminum Red Bull

  • Tempoh masa yang diambil oleh kebanyakan orang untuk mengumuhkan sehingga habis kandungan kafein dalam aliran darah mereka
  • Walau bagaimanapun, ini tergantung kepada banyak faktor: daripada faktor umur sehinggalah ke fakto tahap kecergasan aktiviti

 

Antara kesan sampingan yang pernah dilaporkan daripada pengambilan minuman tenaga Red Bull adalah sembelit

& sakit kepala

Kesimpulannya, adakah sebenarnya ia adalah tindakan yang bagus atau buruk untuk mengambil minuman tenaga?

  • Kebanyakan minuman tenaga diadun dengan kandungan gula & kafein yang tinggi, yang bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan tenaga dalam badan manusia dengan segera. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:
    • keresahan,
    • kadar degupan jantung yang tinggi,
    • ketidakselesaan di dalam perut,
    • dehidrasi &
    • kemungkinan untuk mendapat diabetes
  • Walaupun mempunyai kandungan kafein yang tinggi iaitu sebanyak 80mg dalam setin bersaiz 250ml, Red Bull masih dalam anggaran tahap selamat pengambilan seharian kafein yang dicadangkan iaitu 400mg sehari.
  • Bersederhana dalam pengambilan minuman tenaga kerana kandungan gula yang tinggi melebihi 20g dalam setiap hidangan mampu meningkatkan risiko mendapat diabetes @ kencing manis kepada anda

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, tekanlah butang share di bawah agar orang lain boleh mendapat manfaatnya juga.

 

 

 

Posted on

Sembelit: Tips pemakanan untuk menjadikan anda lebih teruk

Sembelit?

Apakah itu sembelit?

Sembelit boleh didefinisikan sebagai:

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.[1]

 

 

Apakah tanda-tanda & gejala yang anda mengalami sembelit?

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak. [1]

 

Jadi, di sini kami ingin kongsikan tips-tips untuk mengelakkan anda lebih sengsara ketika sembelit, dengan megelakkan makanan-makanan di bawah ini:

 

  1. Produk Tenusu

  • Jika anda selalu dirundung masalah sembelit, elok anda lihat kembali gaya pemakanan anda
  • Muhasabah diet anda
  • Mungkin anda terlalu banyak mengambil keju (cheese) & susu
  • Yalah, orang Malaysia kan gila Cheese
  • Pisang goreng cheese, burger bakar cheese, cheesekut, kek cheese leleh malah nasi lemak pun dah jadi mangsa pengkejuan, Nasi Lemak Cheese
  • Tapi jangan khuatir, anda tidak perlu berpatah arang langsung dengan cheese & susu
  • Hanya perlu kurangkan pengambilan Nasi Lemak cheese daripada setiap hari kepada sekali sahaja dalam seminggu
  • Ataupun anda boleh pilih produk yang lebih sihat
  • Boleh juga cuba minum minuman berkultur & ambil yogurt, yang mengandungi bakteria hidup yang baik untuk sistem pencernaan kita
  • Mungkin ini boleh membantu mengurangkan sengsara anda sembelit

 

    2. Makanan segera

  • Kadang-kadang, tuntutan kerja yang semuanya nak cepat siap memaksa kita mengorbankan masa makan kita
  • Sebagai alternatif, ramai daripada kita yang lebih selesa memilih makanan segera, yelah siap boleh hantar sampai depan pintu pejabat kan
  • Malangnya, kebanyakan makanan segera ini tidaklah seimbang
  • Nampak berkhasiat tapi sebenarnya kaya dengan karbohidrat, garam, lemak & gula yang tinggi-tinggi belaka, setinggi menara Kuala Lumpur
  • Kebanyakan makanan segera kurang kandungan serat, serat amat penting untuk membantu sistem pencernaan kita bekerja dengan lebih effisien
  • Sebagai alternatif,cuba kurangkan pengambilan makanan segera, sesegera yang mungkin agar anda segera bebas daripada kesengseraan sembelit

 

  3. Makanan bergoreng

  • Tak salah kalau nak setia dengan makanan kegemaran anda, Ayam Goreng Pakcik Kentaki
  • Tapi sementara anda tengah terseksa zahir & batin dek sembelit ni, cubalah pertimbangkan untuk memilih hidangan yang lebih banyak serat, macam sayur-sayur hijau tuuu
  • Makanan bergoreng kaya dengan kandungan lemak & membuatkan proses pencernaan menjadi lebih sukar
  • Bilamana ia melalui usus anda, terlalu banyak air yang akan diserap keluar
  • ini yang menyebabkan tahi anda menjadi keras & sengsara dek sembelit

 

 4. Telur

 

  • Telur kaya dengan protein
  • Tapi miskin serat
  • Ingat, anda sembelit kerana mungkin anda kurang makan makanan berserat tinggi
  • Kalau anda tak boleh move-on dengan telur, cuba buat telur dadar, campur sekali sayur bayam segar & tomato atauupun kangkung hijau
  • Hasilnya, anda dapat protein + serat yang lazat
  • Yay!

 

 

 5. Kek

 

  • Kek memang sedap kan
  • Manis & lembut & gebu gebas
  • Malangya, hampir kesemua produk pastri & bakeri menggunakan refined sugar @ gula yang telah dihaluskan
  • Menjadikan mereka kurang serat & air, kaya lemak
  • Hadkan pengambilan kek semasa anda menderita sembelit
  • Tak boleh hidup tanpa manisan?
  • Cuba alternatif ini.
  • Gantikan cake craving anda dengan mengambil buah-buahan yang manis seperti tembikai susu, mangga, tembikai, nanas
  • Kesemua buah di atas memang manis, malah kaya dengan khasiat tambahan seperti serat yang sangat anda perlukan semasa proses penderitaan sembelit ini