Posted on

Untuk Perempuan: Tentang Seorang Lelaki & Pekerjaannya

Jika Seorang Lelaki Tidak Bekerja,

MARAHLAH!

 

Jika Dia Tidak Mendapat Pekerjaan,

BANTULAH!

 

Jika Dia Tidak Mahu Bekerja,

TINGGALKANLAH!

 

Jika Seorang Lelaki Mempunyai Pekerjaan,

DUKUNGLAH!

Jika Dia Lelah Kerana Bekerja,

MANJAKANNYALAH!

Jika Dia Berhasil Dalam Pekerjaan,

NIKMATINYALAH!

Jika Seorang Lelaki Sedang Bekerja,

PERCAYALAH!

Jika dia sedang bersusah payah dalam pekerjaannya,

DOAKANLAH!

Jika Dia Gagal,

SEMANGATILAH!

Jika Seorang Lelaki Itu Pekerja Keras,

Dan Dia Adalah Lelakimu,

BERSYUKURLAH!

Posted on

50 shades of gula

Gula memang manis, namun gula tambahan juga telah menjadi salah satu faktor utama untuk masalah obesiti & kencing manis (diabetes) di Malaysia

Yang paling best, Malaysia adalah juara pesakit paling ramai menghidap Diabetes di peringkat Asia.

Peringkat Asia ya, bukan Asean

Makna kita lagi teruk daripada China, Jepun, Singapura dan lain-lain

secara kasar, kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit Diabetes

Ini tidak dinafikan, kenapa rakyat Malaysia ramai yang menghidap diabetes & seterusnya menjadikan Malaysia champion of the Asia

Lihat sahaja sekeliling kita, berapa ramai yang suka menambah gula dalam masakan harian, suka minum minuman manis teh tarik

Tak cukup dengan tu, ramai pulak yang berlumba-lumba keluarkan minuman milo dinosor lah, teh tarik KLCC lah

Mujur tiada lagi akta yang mewajibkan setiap pengusaha kedai makan menyenaraikan fakta nutrisi bagi setiap makanan & minuman yang dihidangkan

Kalau ada mungkin kita akan pengsan tengok bilangan gula yang ada dalam minuman-minuman viral tu

Namun, untuk mengesan makanan yang mengandungi gula dalam makanan yang telah diproses & dipasarkan di pasaraya-pasaraya adalah lebih mudah

ini kerana pengilang ada menyatakan sekali kandungan gula ini

Tapi, ada dua perkara yang licik di sini:

  1. Peraturan Makanan Malaysia tidak mewajibkan pelabelan kepada semua makanan & hanya 4 komponen nutrien sahaja yang wajib diisytihar pada label makanan iaitu Jumlah tenaga, karbohidrat, protein & lemak. Tiada peraturan wajib mengisytiharkan jumlah gula tambahan dalam makanan & minuman itu
  2. Pemanis tambahan terdapat banyak nama. Terdapat lebih daripada 60 nama yang digunakan yang sebenarnya adalah gula tambahan

Oleh yang demikian, kami ingin menyebarkan kesedaran & berkongsi dengan anda 50 nama lain untuk pemanis tambahan dalam makanan

Kesemua nama tambahan ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Anda jangan bimbang, menurut Keperluan Am dalam Peraturan Makanan Malaysia 1985, bahasa yang sepatutnya ada pada label adalah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Berikut adalah senarai 50 nama lain bagi gula tambahan dalam makanan

  1. Sugar
  2. Sucrose
  3. Agave Nectar
  4. High-fructose corn Syrup (HFCS)
  5. Beet sugar
  6. Blackstrap molasses
  7. Brown sugar
  8. Buttered syrup
  9. Cane juice crystals
  10. Cane sugar
  11. Caramel
  12. Carob syrup
  13. Castor sugar
  14. Coconut sugar
  15. Confectioner’s sugar (powdered sugar)
  16. Date sugar
  17. Evaporated cane juice
  18. Florida crystals
  19. Fruit juice concentrate
  20. Golden sugar
  21. Golden syrup
  22. Grape sugar
  23. Icing sugar
  24. Invert sugar
  25. Maple syrup
  26. Molasses
  27. Muscovado sugar
  28. Panela sugar
  29. Raw sugar
  30. Refiner’s syrup
  31. Sorghum syrup
  32. Sucanat
  33. Treacle sugar
  34. Turbinado sugar
  35. Yellow sugar
  36. Barley malt
  37. Brown rice syrup
  38. Corn syrup
  39. Corn syrup solids
  40. Dextrin
  41. Dextrose
  42. Diastatic malt
  43. Ethyl maltol
  44. Glucose
  45. Glucose solids
  46. Lactose
  47. Malt syrup
  48. Maltodextrin
  49. Maltose
  50. Rice syrup

 

Nampak tak, semua tu adalah gula

Jadi harap anda mendapat sedikit ilmu daripada artikel kali ini

Jika anda rasa artikel ini memberi manfaat kepada anda, dan anda ingin orang lain mendapat manfaat juga, klik butang share pada artikel ini.

Posted on

Kurma: Benarkah makan dalam bilangan ganjil lebih selamat?

 Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yang genap itu menghasilkan gula dalam darah.

Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk memakan kurma dalam jumlah yang ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat

 

 

Kurma Facts: Pasti anda pernah terbaca atau terdengar kenyataan ini kan?

Betapa ramainya yang berkongsi kenyataan ini di media-media sosial, mungkin hanya kerana terdapat nama Rasulullah SAW di situ, dan pastinya kenyataan ini benar

Persoalannya, apakah benar kenyataan ini?

Makan kurma bilangan genap akan jadi gula dalam darah

Makan kurma bilangan ganjil akan jadi karbohidrat dalam darah, dan ini lebih selamat

 

Marilah kita bersama-sama menyiasat perkara ini

 

Kurma ataupun Phoenix Dactylifera tergolong dalam pohon berbuah daripada spesis Palma, Arecaceae

Kurma adalah buah yang diperkaya dengan nutrien-nutrien penting seperti zat besi & anti-oksidan

Selain itu, kurma juga mewah dengan kandungan

  • Kalium
  • Serat
  • Vitamin B1
  • Vitamin B6
  • Vitamin A
  • Vitamin K
  • Kuprum
  • Magnesium
  • Mangan
  • Vitamin B5
  • Vitamin B2

Berikut adalah Fakta Nutrisi sebiji kurma daripada jenis Medjool

Sumber: Wikipedia

 

Seperti yang dilihat dalam fakta nutrisi di atas, kandungan Total Karbohidrat yang dinyatakan adalah sebanyak 18 gram

 

Apakah yang membentuk komponen Total Karbohidrat ini?

Dalam jadual di atas, ada 2 komponen yang membentuk Total Karbohidrat, iaitu Dietary Fiber (serat) & juga Sugar (gula)

 

Nah, mana mungkin kalau makan kurma bilangan ganjil menjadi karbohidrat & memakan kurma dalam bilangan genap menjadi gula?

Sedangkan gula itu sendiri adalah karbohidrat!

 

Secara purata, sebiji kurma yang popular di Malaysia mempunyai berat sekitar 7g – 10g sebiji

Maka, sangatlah penting untuk kita membaca fakta nutrisi itu sendiri agar tidak mengambil gula dalam kuantiti yang berlebihan

 

Jadi, kesimpulannya adalah?

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yang genap itu menghasilkan gula dalam darah.

Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk memakan kurma dalam jumlah yang ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat adalah mengarut & tidak berasas!

Kenyataan ini amat berbahaya kerana telah mempergunakan nama Rasulullah SAW & boleh mencemarkan kredabiliti Nabi Muhammad yang bergelar Al-Amin itu sendiri

Berhati-hati sebelum menyebarkan perkara yang kita tidak pasti!

Posted on

Pankreas – apa yang anda wajib tahu agar tidak merana

Pankreas – apakah itu pankreas?

  • Pankreas ialah organ manusia yang terletak di dalam abdomen (bahagian perut)
  • sebahagian daripada organ yang membentuk sistem pencernaan manusia

 


Fungsi utama pankreas.

Menghasilkan Jus Pankreas

  • jus pankreas mengandungi enzim
  • antara enzim yang terkandung dalam jus pankreas ialah:
    1. Trypsin & chymotrypsin – berfungsi untuk mencernakan protein dalam makanan yang diambil
    2. Amylase – untuk mencernakan karbohidrat
    3. Lipase – untuk menguraikan lemak

 

Menghasilkan hormon

  • antara hormon yang dihasilkan oleh pankreas ialah insulin
  • Insulin ialah hormon yang penting untuk mengawal kandungan gula (glukosa) dalam darah manusia

 


 

Jenis penyakit yang berkaitan dengan pankreas

 

Pankreatitis (pancreatitis)

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Pankreatitis?
  • Pankreatitis adalah keadaan di mana pankreas mengalami keradangan
  • Keradangan pada pankreas biasanya disebabkan oleh rembesan enzim pankreas itu sendiri yang aktif di dalam pankreas & menyebabkan pankreas mula terhakis
  • Enzim pankreas dirembeskan ke dalam saluran usus manusia melalui satu saluran khusus daripada pankreas ke usus itu sendiri, bukannya di dalam pankreas itu

Jenis-jenis Pankreatitis

  1. Pankreatitis Akut
    • Apakah yang dimaksudkan dengan akut?
    • Akut dimaksudkan sebagai sesuatu yang terjadi secara tiba-tiba & dalam jangkamasa yang pendek
    • Kebanyakan insiden pankreatitis yang dilaporkan adalah jenis pankreatitis akut
    • Pankreatitis akut terbahagi kepada:
      1. Pankreatitis akut ringan (mild acute pancreatitis)
      2. Pankreatitis akut parah (severe acute pancreatitis)
    • Peluang penyembuhan untuk pankreatitis akut ringan adalah lebih cerah
    • Manakala pankreatitis akut parah boleh melibatkan keradangan, kerosakan & jangkitan pada pankreas
    • Pankreatitis akut parah mesti dirawat dengan segera kerana boleh menyebabkan kematian

 

Penyebab terjadinya Pankreatitis Akut

  1. pembentukan batu hempedu yang menyebabkan sekatan pada saluran hempedu ataupun saluran pankreas
  2. pengambilan minuman beralkohol
  3. kecederaan pada perut
  4. ubat-ubatan
  5. kandungan trigliserida (sejenis lemak) yang tinggi dalam darah

Simptom Pankreatitis Akut

  1. sakit yang teruk pada bahagian abdomen – sering disalah anggap sebagai gastrik
  2. sakit yang merebak ke bahagian belakang badan daripada bahagian abdomen depan
  3. kesakitan yang lebih teruk dapat dirasai pada bahagian abdomen selepas makan (terutama makanan yang berlemak tinggi) atau selepas minum
  4. berasa loya & muntah-muntah
  5. demam
  6. kembung perut
  7. jantung berdenyut dengan cepat
  8. dehidrasi (kurang air dalam badan)
  9. tekanan darah menjadi rendah

 

2. Pankreatitis kronik

  • punca utama adalah meminum minuman beralkohol dalam tempoh masa yang panjang

 

Simptom pankreatitis kronik

  1. sakit yang tidak terlalu teruk pada bahagian atas abdomen, namun ia mungkin berterusan dalam tempoh jangka masa yang panjang
  2. berasa letih
  3. sentiasa berasa lesu
  4. Najis berminyak (najis terapung dalam mangkuk tandas & susah untuk dipam)
  5. Berat badan menurun tanpa sebab
  6. Diabetes

 

 

 

Kanser Pankreas

  • apakah itu Kanser Pankreas?
  • kanser pankreas ialah kanser yang bermula daripada tisu-tisu di dalam pankreas
  • sejenis kanser yang agresif & biasanya mudah merebak ke organ berhampiran dengan pankreas

Faktor risiko kanser pankreas

  • Faktor-faktor yang mungkin meningkatkan risiko mendapat kanser pankreas adalah seperti berikut
    1. Pankreatitis kronik
    2. Diabetes (kencing manis)
    3. Sejarah keluarga dengan sindrom genetik yang boleh menyebabkan risiko kanser meningkat
    4. Merokok
    5. Sejarah keluarga yang pernah mendapat kanser pankreas
    6. Obesiti – mempunyai berat badan yang sangat berlebihan
    7. Usia yang meningkat
  • Hasil kajian yang meluas mendapati 3 gabungan faktor dibawah meningkatkan risiko mendapat kanser pankreas dengan lebih tinggi:
    • perokok tegar
    • telah lama mengidap diabetes (lebih daripada 5 tahun)
    • diet yang teruk (tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat)

 

 

Simptom & komplikasi kanser pankreas

  • Simptom & komplikasi kanser pankreas adalah seperti di bawah:
    1. Berat badan menyusut tanpa sebab
    2. Jaundis :
      • kulit & mata menjadi kuning
      • air kencing berwarna gelap & pekat
      • tahi berwarna pucat
      • biasanya berlaku tanpa rasa sakit pada bahagian abdomen
    3. Merasa sakit pada bahagian abdomen
    4. Halangan pada usus

 

Cara mencegah kanser pankreas:

  1. Berhenti merokok serta merta
  2. Kekalkan berat badan ideal
  3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat

 


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua

 

Kongsi artikel ini dengan insan yang anda kasihi & ambil berat

 

 


Sumber info:
  • Pankreatitis punca keradangan usus – http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm
  • https://www.pancreaticcancer.org.uk/information-and-support/facts-about-pancreatic-cancer/what-is-the-pancreas/
  • https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pancreatic-cancer/symptoms-causes/syc-20355421
  • http://columbiasurgery.org/pancreas/pancreas-and-its-functions

 

 

Posted on

Testimoni, Reviews & Feedback Pengguna Sabun Coklat My Home Lab Gentle Butter Soap

Testimoni, Reviews & Feedback Pengguna Sabun Coklat My Home Lab Gentle Butter Soap yang dilampirkan disini adalah testimoni original daripada pengguna yang dah mencuba sendiri Sabun Coklat My Home Lab Gentle Butter Soap.

 

Posted on

Hukum Dalam Islam Menggunakan Khidmat Doula di Malaysia

Melahirkan anak dengan menggunakan khidmat Doula?

 

Hukum Dalam Islam Menggunakan Khidmat Doula di Malaysia. Baru-baru ini tular di media sosial tentang isu-isu sensasi berkaitan melahirkan anak tanpa pengawasan pegawai perubatan mahir yang hanya mengharapkan kepada tunjuk ajar & pengawasan insan bergelar Doula.


Mukadimah

Isu doula mula timbul beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi semakin hangat apabila dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah, tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan bertauliah.

Bayi berkenaan dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi kerana bayi dan ibunya hanya berada di bawah pengawasan doula.

Walaupun kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, kami merasa terpanggil untuk mengulas isu ini secara menyeluruh berdasarkan laporan-laporan yang diperoleh daripada sumber-sumber kedua-dua belah pihak.

Kami namakan Bayan Linnas pada kali ini dengan tajuk Hukum Menggunakan Khidmat Doula.

 

Definisi

Sebelum kami memberi jawapan dengan lebih terperinci, kami mulakan dahulu dengan definisi khidmat doula. Perkataan ‘doula’ itu sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”.

Kamus English Oxford menghuraikan doula sebagai “woman, typically without formal obstetric training, who is employed to provide guidance and support to a pregnant woman during labour.” (wanita, tipikalnya tanpa latihan perbidanan yang formal, yang mana diambil bekerja untuk menyediakan panduan dan sokongan kepada wanita mengandung semasa proses kelahiran)

Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi, pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas) dan fizikal (secara sentuhan seperti urutan)[1]

Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.

Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

 

Jenis Doula

Menurut WebMD, secara asasnya, terdapat 3 jenis doula iaitu:

  • doula antepartum
  • doula labor
  • doula pospartum.

Doula antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.

Doula labor pula berada di sisi ibu ketika bersalin.

Manakala, doula postpartum akan berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan termasuk penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.[2]

[products_slider]

Hukum Menggunakan Khidmat Doula

Kes kematian bayi yang melibatkan doula baru-baru ini di Malaysia membuka mata banyak pihak akan betapa seriusnya isu ini dalam kalangan masyarakat kita.

Begitu juga ada kes kematian wanita yang bersalin akibat daripada khidmat doula yang tidak profesional.

Doula sebagaimana pengamalan di luar negara, menggalakkan kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor.

Mereka tidak berperanan mengambil alih tugas bidan dan doktor terlatih.

Ini kerana, sekiranya berlaku apa-apa komplikasi seperti pendarahan selepas kelahiran, proses kelahiran yang memerlukan caesarean, janin stres di dalam kandungan, tersangkut dan bayi songsang, ia memerlukan kemahiran yang tinggi oleh pakar.

Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada kematian ibu atau bayi atau kedua-duanya.

Setelah meneliti dan menekuni isu ini, disamping mendapatkan maklumat dari pakar perubatan[3], kami berpandangan penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih.

Alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat tidak timbul kini dengan adanya seluar bersalin mesra aurat, hospital-hospital tertentu yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, disamping perlu difahami bahawa nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut.

Selain itu, meyakini bahawa melahirkan anak di rumah adalah mencontohi Maryam alahissalam adalah tidak benar kerana kejadian yang berlaku di zaman tersebut adalah kehendak Allah SWT untuk membuktikan kekuasaan-Nya.

Adapun bagi manusia selainnya, tidak terlepas daripada aspek sabab-musabab-musabbib al-asbab (causality).

Apa yang diusahakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia jelas menunjukkan kejayaan dalam pengurangan kadar kematian ibu bersalin dari tahun demi tahun, begitu juga kadar kematian bayi.

Bagi tahun 2017, 12.5 kematian bayi dalam setiap 1,000 kelahiran berbanding 12.9 pada tahun 2016 dan 13.69 pada tahun 2014.

Dalam masa yang sama, amat penting supaya penjagaan sejak mengandung dilakukan di tempat-tempat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bukannya hanya melalui konsultasi doula semata-mata.

Suka untuk kami ingatkan kepada pengamal perubatan dan juga doula, sebuah hadis daripada Amru’ bin Syu’aib, daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ تَطَبَّبَ، وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ، فَهُوَ ضَامِنٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengubati dan tidak diketahui daripadanya (tidak mahir) ilmu perubatan, maka dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).”
(Riwayat Abu Daud, no. 2633)

 

Mulla ‘Ali al-Qari menjelaskan kalimah (وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ) dengan katanya:

مُعَالَجَةٌ صَحِيحَةٌ غَالِبَةٌ عَلَى الْخَطَأِ فَأَخْطَأَ فِي طِبِّهِ وَأَتْلَفَ شَيْئًا مِنَ الْمَرِيضِ

Maksudnya: “(Dia tidak mengetahui) Rawatan yang sahih, yang kebiasaannya boleh membawa kepada kesalahan. Maka dia tersilap dalam rawatannya dan menyebabkan terjadi sesuatu yang buruk (atau kecacatan/kematian) pada pesakit. (Lihat Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, 6/2293)

Al-Muzhiri menjelaskan,

مَنْ شرع في علم الطب ولا يكون مشهورًا فيه، فإذا عالج مريضًا فهو ضامن

Maksudnya: Barangsiapa yang memasuki ilmu perubatan dan dia tidak menjadi masyhur dalamnya (tidak menguasainya), jika dia mengubat pesakit, dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).” (Lihat al-Mafatih Syarh al-Masabih, 4/217)

Ini juga satu bentuk peringatan daripada Rasulullah SAW untuk tidak bermudah-mudahan dalam ilmu perubatan sekiranya tidak ada pengetahuan yang cukup mendalam tentangnya kerana ia akan membawa risiko kepada pesakit sendiri.

Sebuah hadis Nabi SAW yang menjadi kaedah fiqh menyebut:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.”
Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daruqutni (4/228) serta selainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik (2/746) dalam Muwattho’ secara mursal dari Amr bin Yahya dari bapanya dari Rasulullah SAW, beliau tidak menyebutkan Abu Sa’id. Namun ia memiliki jalan-jalan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.) Hadis hasan.

Perkataan dharar (ضرر) dan dhirar (ضرار) sebahagian ulama berpendapat kedua lafaz ini dengan satu makna dan disebut dengan kedua-duanya sebagai ta’kid (penguat).

  • Ibn Habib berpendapat dharar (ضرر) di sisi ahli bahasa arab adalah isim (kata nama). Sebaliknya dhirar (ضرار) pula memberi maksud fi’il (kata kerja)
  • Al-Khusyani berpendapat: “Dharar (ضرر) ialah yang mendapat manfaat bagi kamu sedangkan jiran kamu pula mendapat mudarat. Sebaliknya perkataan dhirar (ضرار) di mana ia tidak memberi sebarang manfaat dan ke atas jiran kamu sedangkan kamu mendapat mudarat. Inilah wajah yang baik dari sudut maknanya.”

Imam Ibn Daqiq al-‘Id menyebut, bahawa al-Mahasini berkata:

“Bahawa yang dimaksudkan dengan merugikan adalah melakukan sesuatu  yang bermanfaat bagi dirinya, tetapi menyebabkan orang lain mendapatkan  mudharat”. Ini adalah pendapat yang benar. Sebahagian ulama berkata: “Yang dimaksud dengan ‘kamu membahayakan’ iaitu engkau merugikan orang yang tidak merugikan kamu.  Sedangkan yang dimaksudkan “saling merugikan” iaitu engkau membalas orang yang merugikan kamu dengan hal yang tidak setara dan bukan untuk membela kebenaran.”

Berdasarkan hadis di atas, menyelamatkan nyawa dari sebarang mudharat dan yang membawa kepada mudharat adalah wajib.

Ini bertepatan dengan prinsip penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dalam maqasid syari’ah yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam bahagian dharuriyyat.

 Kita amat berharap agar setiap nyawa dapat diselamatkan dari tindakan yang boleh membawa kepada kematian disebabkan oleh doula yang tidak bertanggungjawab.

Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW melarang segala perlakuan yang boleh membahayakan sesama Muslim. Sabda Nabi SAW:

 

إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya darah kalian dan harta kalian haram atas kalian
(Riwayat Muslim, no. 1218)

Melakukan sesuatu yang membahayakan atau mencalarkan kehormatan dan juga melibatkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan oleh Allah SWT.

Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi seperti dalam isu ini dengan merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar sebarang tindakan rawatan kesihatan sentiasa dalam keadaan yang selamat.

 

Akhukum fillah,

SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

11 Februari 2018

_________________________________________________

[1] http://americanpregnancy.org/labor-and-birth/having-a-doula/

[2] https://www.webmd.com/baby/what-is-a-doula

[3] Temuramah dengan Dr. Abdul Latif Mohamad pada 10 Februari 2018.


Pihak Beauroque mengambil inisiatif untuk berkongsi artikel yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia ini agar kita rakyat Malaysia lebih cakna tentang isu Hukum Dalam Islam Menggunakan Khidmat Doula di Malaysia.

Tidak salah menggunakan khidmat doula seperti yang dilakukan diluar negara namun jika kita nak jadi seperti mereka, jadilah sepenuhnya seperti mereka.

Seperti dalam artikel di atas, doula di luar negara tidak meminggirkan langsung keperluan & kehadiran pegawai perubatan professional semasa proses menyambut kelahiran bayi.

Posted on

My Home Lab Lemongrass Shampoo Serai

My Home Lab Lemongrass Shampoo ataupun Shampoo Serai My Home Lab bakal dilancarkan?

My Home Lab Lemongrass Shampoo Serai bakal dilancarkan oleh pihak My Home Lab Sdn. Bhd?

Wow!

Selepas menghasilkan fenomena Shampoo Santan setahun lepas di Malaysia, pada 20/3/2018 pihak My Home Lab Sdn. Bhd telah melancarkan sekeping foto melalui Laman Facebook Rasmi mereka di Shampoo Santan HQ tentang sebotol berwarna putih bertulisan :

My Home Lab Lemongrass Shampoo

Fresh & Natural

Handmade with love

 

Dan yang paling bestnya, dalam gambar tu pun produk Shampoo Serai My Home Lab ni bebas Paraben, SLS & Silicone.

Sama macam produk hit mereka My Home Lab Shampoo Santan tu

 

Hmm…

Apalah agaknya khasiat dan kelebihan My Home Lab Lemongrass Shampoo Serai tu nanti ya?

Tak sabar nak tunggu testimoni shampoo serai My Home Lab tu nanti.

 

Mengikut posting facebook tersebut, produk baru syampu serai my home lab tu bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

 

So, kita tunggulah bersama-sama ya!

 

Sebelum tu, mungkin kita boleh tengok sikit apa kelebihan serai ni untuk kesihatan rambut kita kan?

Serai ni kalau dalam bahasa inggeris dipanggil lemongrass.

Lemongrass kalau di translate direct jadi Rumput Lemon…macam pelik pulak kan?

Hahahaha

Fakta tentang kebaikan serai untuk rambut manusia

 

  • Serai kaya dengan besi (lemongrass are rich with iron bak kata orang London). Besi ni merupakan salah satu unsur untuk membantu melawan rambut gugur uols! Owh, no wonderlah ye

Apa-apa pun, kami di Beauroque.com selaku ejen sah produk My Home Lab, tak sabar nak menantikan kemunculan produk ini di pasaran

Oh My Home Lab Lemongrass Shampoo Serai!

Posted on

Selasa & Sabtu Seratus

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Bersempena bulan March 2018 ini, pihak Beauroque.com telah mengambil keputusan untuk menganjurkan kempen Selasa & Sabtu Seratus.

 

 

Apa itu kempen Selasa & Sabtu Seratus?

  • Kempen Selasa & Sabtu Seratus adalah satu kempen yang mampu membuatkan pihak Beauroque.com kurang untung & para pelanggan mendapat lebih untung.
  • Untuk setiap pelanggan yang membuat tempahan lengkap dengan bayaran pada setiap Selasa & Sabtu, anda berpeluang mendapat hadiah RM 100 tunai dengan setiap pembelian minimum RM 30.00 daripada e-commerce kami.
  • Untuk setiap 10 pelanggan yang membuat pembelian, 1 orang akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM 100. 
  • Bermakna jika ada 100 pelanggan, maka 10 orang akan berpeluang memenangi RM 100.
  • Kempen ini hanya sah untuk pelanggan yang membuat pembelian pada hari Selasa & Sabtu sahaja.
  • Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat memenangi RM 100?
  • Jangan risau, anda masih boleh menjana keuntungan tambahan dengan kami. Inilah NILAI yang kami tawarkan.
  • Ingat, Beauroque.com tidak menawarkan lubuk harga murah kepada anda kerana kami percaya NILAI lebih tinggi daripada HARGA.
  • Setiap produk yang dijual di Beauroque.com mempunyai nilai mata.
  • Untuk mengumpul nilai mata ini, anda perlulah mendaftar menjadi pelanggan kami sebelum membuat pembelian.
  • “Guest Check Out” tidak akan dapat mengumpul mata pembelian.
  • Nilai mata ini akan dikreditkan automatik kedalam akaun anda.
  • Sempena meraikan kempen yang baru dilancarkan, pihak kami telah menawarkan 1.5 kali ganda nilai mata kepada produk-produk ini:

TruDolly by Fazura & Beauroque Intensive Hair Care

  • Kebiasaanya, nilai mata adalah RM 1 = 1 mata, tetapi untuk kedua-dua produk ini nilai mata telah digandakan kepada 1.5 kali.
  • Setelah nilai mata anda mencecah 1000, anda boleh menebus untuk mendapatkan RM 100 anda daripada kami!

Berikut adalah senarai top 5 customer points untuk pelanggan Beauroque.com

  1. #1 gajalaxmi1014 420
  2. #2 alhanahuri 400
  3. #3 norazlen 315
  4. #4 nisa.basri 298
  5. #5 syara.jamil 260

 

 

BONUS TAMBAHAN!

  • Untuk setiap 68 pelanggan pertama yang membuat pembelian & pembayaran pada kempen Selasa & Sabtu Seratus, kami berikan lagi KUPON DISKAUN tambahan istimewa & khusus untuk anda gunakan pada pembelian seterusnya (Tertakluk terma & syarat).
  • Untung berkali ganda!

 

Jadi tunggu apa lagi? Mulalah berbelanja dengan kami sekarang!

Posted on

Jadi ejen TruDolly & VDolly

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kami di Beauroque.com membuka peluang untuk anda menjana pendapatan bersama kami dengan menjual produk TruDolly & Vdolly by Fazura

 

Kami membuka 3 peluang perniagaan TruDolly & Vdolly:

  • Dropshipper

  • Mini Ejen

  • Ejen

 

Kelebihan yang bakal anda dapat?

  • Team Support yang berpengalaman lebih 5 tahun dalam bisnes online
  • Insentif jualan individu mingguan & bulanan
  • Panduan marketing melalui media social – hanya untuk ejen & mini ejen
  • Waktu jualan flexible
  • Basic FB Ads support Free (Kalau pergi kursus Basic FB Ads support anda perlu melabur sekurang-kurangnya RM 100) – hanya untuk ejen & mini ejen
  • Tips Copywriting mencengkam kalbu. – hanya untuk ejen & mini ejen
  • Modal hanya dari serendah RM 400 untuk anda bermula menjadi ejen
  • Sesuai untuk pelajar, surirumah & individu yang ingin belajar berniaga, takut nak melabur modal yang besar & ingin menambah pendapatan.
  • Amaran! Tiada perniagaan yang mudah tanpa perlu usaha 
  • Jika anda mengharapkan wang mudah, tolong jangan buang masa anda & kami untuk mendaftar menjadi ahli keluarga kami. Anda boleh sertai skim lain yang menjanjikan anda bulan & bintang.

 

Berminat?

Isi Details di Bawah Sekarang. 

Anda rasa saya ada masa untuk tunggu anda isi borang ni esok?

Wajib Isi

 

Verification