Posted on

Kebaikan Santan Kelapa: Kandungan Nutrisi

Santan Kelapa memang sudah sinonim dalam budaya hidup masyarakat di Malaysia. Santan kelapa selalu digunakan sebagai bahan-bahan masakan popular di Malaysia.

 

Nasi Lemak. Orang Malaysia yang tidak kenal dengan Nasi Lemak wajar dilucutkan kewarganegaraan beliau. Mana mungkin seorang warganegara tidak mengenali ikon sarapan pagi Malaysia ini. Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Dayak dan sebagainya pasti pernah menjadikan Nasi Lemak sebagai salah satu menu sarapan pagi. Nasi Lemak yang sempurna pastilah mengandungi kandungan santan kelapa yang mematuhi SOP penyediaannya. Apalah ertinya menjadi Nasi Lemak jika santan kelapa kurang dalam kandungannya.

 

Kari Ayam, Daging, Kambing, Ikan mahupun Naga pastilah tidak sempurna jika tidak dicampurkan dengan santan kelapa. Santan kelapa menjadikan juadah ini mempunyai rasa yang signifikan dan mampu membuatkan orang menambah nasi seterusnya meningkatkan jumlah pengambilan kalori harian. Oleh yang demikian, beringatlah untuk bersederhana walaupun masakan kari itu tersangat sedap sehingga menjilat pinggan.

 

Tetapi tahukah anda, santan kelapa yang sering menjadi tohmahan dan fitnah tidak berasas menyumbang kepada obesiti dan kegemukan di kalangan rakyat Malaysia amnya dan kepada warga Malaysia yang malas nak bersenam khususnya kaya dengan pelbagai nutrisi yang bagus untuk tubuh badan manusia?

 

Kelapa kaya dengan kandungan serat, vitamins C, E, B1, B3, B5 dan B6 dan mineral termasuk besi, selenium, sodium, Kalsium, Magnesium dan Fosforus.

 

Kelapa juga mengandungi lemak, tetapi lemak ini yang dikenali sebagai Asid Laurik sangat bagus untuk tubuh badan melawan jangkitan virus dan bakteria.

 

Jadual di bawah di ambil daripada USDA Nutrient Database, menyenaraikan setiap nutrisi yang terdapat didalam santan kelapa (coconut milk).

 

 

Posted on

F.A.Q / Soalan Lazim berkaitan My Home Lab Shampoo Santan

[masterslider id=”2″]