Posted on

Mengejutkan: Ini apa yang terjadi pada badan anda selepas minum minuman ini

Artikel ini akan mengupas fakta mengejutkan tentang minuman yang berselindung di sebalik iklan yang mendakwa mampu memberikan anda lebih tenaga.

Benarkah dakwaan mereka?

Kita biasa terlihat atau terdengar tentang syarikat-syarikat pengeluar minuman bertenaga di media sosial, media cetak mahupun media massa.

Antara jenama minuman pemberi tenaga yang sinonim dengan kita di Malaysia adalah Livita, Red Bull, Tongkat Ali, Monster Energy Drink dan lain-lain lagi jenama

Artikel kali ini akan memfokuskan kepada salah satu daripada jenis minuman pemberi tenaga yang popular dalam senarai di atas, iaitu Red Bull

Adakah anda tahu apakah nutrisi yang terkandung dalam setin minuman tenaga Red Bull?

Sumber: USRDA

 

Seperti yang kita lihat, setin Red Bull mengandungi lebih kurang 80mg kafein

Mari kita lihat perincian apa yang terjadi dalam badan kita dalam tempoh 24 jam selepas meminum Red Bull

 

Selepas 10 minit meminum Red Bull

  • Kebiasaanya, selepas anda mula meminum minuma bertenaga, masa yang di ambil untuk kafein masuk dalam aliran darah ialah selama 10 minit
  • Dlam tempoh ini kadar degupan jantung & tekanan darah anda mula bertambah

 

Selepas 15-45 minit meminum Red Bull

  • Ini adalah tempoh di mana kandungan kafein mencapai aras puncak dalam aliran darah anda
  • Ketika ini, keupayaan anda untuk menjadi lebih prihatin dengan keadaan sekeliling juga bertambah
  • Fokus & daya konsentrasi ada pada tahap yang jauh lebih baik daripada sebelum anda mengambil kafein

 

Selepas 30-50 minit meminum Red Bull

  • Tempoh ini adalah tempoh di mana kesemua kaffein yang diambil anda telah diserap oleh badan sepenuhnya
  • Hati anda juga telah bertindak balas dengan menyerap lebih gula ke dalam aliran darah anda

 

Selepas 1 jam meminum Red Bull

  • Badan akan mula mengalami satu fenomena yang dipanggil Sugar Crash.
  • Ini terjadi kerana kesan kafein dalam darah telah mula menurun
  • Anda akan mula berasa letih serta tenaga anda akan mula menurun

 

Selepas 5 hingga 6 jam meminum Red Bull

  • Ini adalah tempoh separuh hayat kafein
  • Maksudnya, badan anda mengambil tempoh masa sepanjang ini untuk mengurangkan kandungan kafein dalam darah anda ke tahap 50%
  • Perhatian: Wanita yang sedang dalam sesi pengambilan pil perancang akan mengambil masa yang lebih lama daripada ini, sehingga 2 kali ganda lamanya

 

Selepas 12 jam meminum Red Bull

  • Tempoh masa yang diambil oleh kebanyakan orang untuk mengumuhkan sehingga habis kandungan kafein dalam aliran darah mereka
  • Walau bagaimanapun, ini tergantung kepada banyak faktor: daripada faktor umur sehinggalah ke fakto tahap kecergasan aktiviti

 

Antara kesan sampingan yang pernah dilaporkan daripada pengambilan minuman tenaga Red Bull adalah sembelit

& sakit kepala

Kesimpulannya, adakah sebenarnya ia adalah tindakan yang bagus atau buruk untuk mengambil minuman tenaga?

  • Kebanyakan minuman tenaga diadun dengan kandungan gula & kafein yang tinggi, yang bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan tenaga dalam badan manusia dengan segera. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:
    • keresahan,
    • kadar degupan jantung yang tinggi,
    • ketidakselesaan di dalam perut,
    • dehidrasi &
    • kemungkinan untuk mendapat diabetes
  • Walaupun mempunyai kandungan kafein yang tinggi iaitu sebanyak 80mg dalam setin bersaiz 250ml, Red Bull masih dalam anggaran tahap selamat pengambilan seharian kafein yang dicadangkan iaitu 400mg sehari.
  • Bersederhana dalam pengambilan minuman tenaga kerana kandungan gula yang tinggi melebihi 20g dalam setiap hidangan mampu meningkatkan risiko mendapat diabetes @ kencing manis kepada anda

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, tekanlah butang share di bawah agar orang lain boleh mendapat manfaatnya juga.

 

 

 

Posted on

50 shades of gula

Gula memang manis, namun gula tambahan juga telah menjadi salah satu faktor utama untuk masalah obesiti & kencing manis (diabetes) di Malaysia

Yang paling best, Malaysia adalah juara pesakit paling ramai menghidap Diabetes di peringkat Asia.

Peringkat Asia ya, bukan Asean

Makna kita lagi teruk daripada China, Jepun, Singapura dan lain-lain

secara kasar, kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit Diabetes

Ini tidak dinafikan, kenapa rakyat Malaysia ramai yang menghidap diabetes & seterusnya menjadikan Malaysia champion of the Asia

Lihat sahaja sekeliling kita, berapa ramai yang suka menambah gula dalam masakan harian, suka minum minuman manis teh tarik

Tak cukup dengan tu, ramai pulak yang berlumba-lumba keluarkan minuman milo dinosor lah, teh tarik KLCC lah

Mujur tiada lagi akta yang mewajibkan setiap pengusaha kedai makan menyenaraikan fakta nutrisi bagi setiap makanan & minuman yang dihidangkan

Kalau ada mungkin kita akan pengsan tengok bilangan gula yang ada dalam minuman-minuman viral tu

Namun, untuk mengesan makanan yang mengandungi gula dalam makanan yang telah diproses & dipasarkan di pasaraya-pasaraya adalah lebih mudah

ini kerana pengilang ada menyatakan sekali kandungan gula ini

Tapi, ada dua perkara yang licik di sini:

  1. Peraturan Makanan Malaysia tidak mewajibkan pelabelan kepada semua makanan & hanya 4 komponen nutrien sahaja yang wajib diisytihar pada label makanan iaitu Jumlah tenaga, karbohidrat, protein & lemak. Tiada peraturan wajib mengisytiharkan jumlah gula tambahan dalam makanan & minuman itu
  2. Pemanis tambahan terdapat banyak nama. Terdapat lebih daripada 60 nama yang digunakan yang sebenarnya adalah gula tambahan

Oleh yang demikian, kami ingin menyebarkan kesedaran & berkongsi dengan anda 50 nama lain untuk pemanis tambahan dalam makanan

Kesemua nama tambahan ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Anda jangan bimbang, menurut Keperluan Am dalam Peraturan Makanan Malaysia 1985, bahasa yang sepatutnya ada pada label adalah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Berikut adalah senarai 50 nama lain bagi gula tambahan dalam makanan

  1. Sugar
  2. Sucrose
  3. Agave Nectar
  4. High-fructose corn Syrup (HFCS)
  5. Beet sugar
  6. Blackstrap molasses
  7. Brown sugar
  8. Buttered syrup
  9. Cane juice crystals
  10. Cane sugar
  11. Caramel
  12. Carob syrup
  13. Castor sugar
  14. Coconut sugar
  15. Confectioner’s sugar (powdered sugar)
  16. Date sugar
  17. Evaporated cane juice
  18. Florida crystals
  19. Fruit juice concentrate
  20. Golden sugar
  21. Golden syrup
  22. Grape sugar
  23. Icing sugar
  24. Invert sugar
  25. Maple syrup
  26. Molasses
  27. Muscovado sugar
  28. Panela sugar
  29. Raw sugar
  30. Refiner’s syrup
  31. Sorghum syrup
  32. Sucanat
  33. Treacle sugar
  34. Turbinado sugar
  35. Yellow sugar
  36. Barley malt
  37. Brown rice syrup
  38. Corn syrup
  39. Corn syrup solids
  40. Dextrin
  41. Dextrose
  42. Diastatic malt
  43. Ethyl maltol
  44. Glucose
  45. Glucose solids
  46. Lactose
  47. Malt syrup
  48. Maltodextrin
  49. Maltose
  50. Rice syrup

 

Nampak tak, semua tu adalah gula

Jadi harap anda mendapat sedikit ilmu daripada artikel kali ini

Jika anda rasa artikel ini memberi manfaat kepada anda, dan anda ingin orang lain mendapat manfaat juga, klik butang share pada artikel ini.

Posted on

Kurma: Benarkah makan dalam bilangan ganjil lebih selamat?

 Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yang genap itu menghasilkan gula dalam darah.

Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk memakan kurma dalam jumlah yang ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat

 

 

Kurma Facts: Pasti anda pernah terbaca atau terdengar kenyataan ini kan?

Betapa ramainya yang berkongsi kenyataan ini di media-media sosial, mungkin hanya kerana terdapat nama Rasulullah SAW di situ, dan pastinya kenyataan ini benar

Persoalannya, apakah benar kenyataan ini?

Makan kurma bilangan genap akan jadi gula dalam darah

Makan kurma bilangan ganjil akan jadi karbohidrat dalam darah, dan ini lebih selamat

 

Marilah kita bersama-sama menyiasat perkara ini

 

Kurma ataupun Phoenix Dactylifera tergolong dalam pohon berbuah daripada spesis Palma, Arecaceae

Kurma adalah buah yang diperkaya dengan nutrien-nutrien penting seperti zat besi & anti-oksidan

Selain itu, kurma juga mewah dengan kandungan

  • Kalium
  • Serat
  • Vitamin B1
  • Vitamin B6
  • Vitamin A
  • Vitamin K
  • Kuprum
  • Magnesium
  • Mangan
  • Vitamin B5
  • Vitamin B2

Berikut adalah Fakta Nutrisi sebiji kurma daripada jenis Medjool

Sumber: Wikipedia

 

Seperti yang dilihat dalam fakta nutrisi di atas, kandungan Total Karbohidrat yang dinyatakan adalah sebanyak 18 gram

 

Apakah yang membentuk komponen Total Karbohidrat ini?

Dalam jadual di atas, ada 2 komponen yang membentuk Total Karbohidrat, iaitu Dietary Fiber (serat) & juga Sugar (gula)

 

Nah, mana mungkin kalau makan kurma bilangan ganjil menjadi karbohidrat & memakan kurma dalam bilangan genap menjadi gula?

Sedangkan gula itu sendiri adalah karbohidrat!

 

Secara purata, sebiji kurma yang popular di Malaysia mempunyai berat sekitar 7g – 10g sebiji

Maka, sangatlah penting untuk kita membaca fakta nutrisi itu sendiri agar tidak mengambil gula dalam kuantiti yang berlebihan

 

Jadi, kesimpulannya adalah?

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yang genap itu menghasilkan gula dalam darah.

Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk memakan kurma dalam jumlah yang ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat adalah mengarut & tidak berasas!

Kenyataan ini amat berbahaya kerana telah mempergunakan nama Rasulullah SAW & boleh mencemarkan kredabiliti Nabi Muhammad yang bergelar Al-Amin itu sendiri

Berhati-hati sebelum menyebarkan perkara yang kita tidak pasti!