Posted on

Tempe: Kebaikan Makanan Kegemaran Orang Jawa

Asal Jawa je mesti selalu kena dikaitkan dengan tempe kan?

Populasi Jawa yang mendominasi sebahagian besar negeri Selangor, Johor & Perak memang terkenal dengan masakan menu enak berasaskan tempe

Sebut sahaja menu berasaskan tempe, daripada yang rebus, gulai, bergoreng, bersambal semua ada.

Cuma belum pernah dengar lagi kombinasi tempe dengan cheese lagi.

Ke dah ada?

Artikel ini  akan berkongsi 3 kebaikan utama makanan murah & berkhasiat kegemaran orang Jawa yang dipanggil tempe ini

 

Kebaikan Tempe Nombor Satu: Tempe kaya dengan kandungan kalsium setanding dengan susu

Penemuan ini adalah hasil kajian kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar [1]

Bahan utama tempe iaitu kacang soya mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang amat diperlukan untuk penjagaan tulang yang kuat.

Kalsium yang diserap oleh tulang manusia mampu menjadikan tulang lebih kukuh.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan masalah osteoporosis yang teruk.

Masalah osteoporosis lebih sinonim dengan kaum wanita kerana kebanyakan wanita yang mengandung, bayi dalam kandungan akan bertindak menyedut kandungan kalsium dalam badan ibu untuk proses pembesaran janin

Prof Suzana berkata tempe didapati dapat menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh.

“Empat keratan tempe adalah setara dengan sejumlah serapan kalsium yang diperolehi dari satu gelas susu,” katanya semasa sidang akhbar ‘Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini adalah satu berita baik untuk mereka yang mengalami masalah Lactose Intolerent. Mereka yang menghidapi masalah lactose intolerent biasanya tidak dapat meminum produk tenusu yang mempunyai kandungan Laktosa yang tinggi di dalamnya

Dari segi sudut ekonomi, harga tempe yang mampu milik ternyata menjadi alternatif yang lebih baik kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan sumber kalsium yang murah, mudah & banyak.

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Dua: Sumber protein yang bagus

Kacang soya yang merupakan bahan asas pembuatan tempe merupakan daripada keluarga Legum.

Seperti yang kita sedia maklum,antara sumber protein semulajadi yang tinggi boleh didapati daripada tumbuhan keluarga legum, ikan & daging

Kenapa protein penting dalam diet seharian kita?

  • untuk pertumbuhan & membaiki tisu-tisu dalam badan
  • membantu mengekalkan kandungan cecair dalam tubuh badan
  • membantu meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dengan meningkatkan keupayaan antibodi dalam badan
  • membantu enzim-enzim dalam badan untuk berfungsi dengan sempurna

Jadi, dengan menambah hidangan tempe dalam diet pemakanan anda, secara tidak langsung anda boleh mendapat sumber protein yang murah & mudah

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Tiga: Membantu Meningkatkan kesihatan Usus

Saban hari kita dihidangkan dengan iklan di media massa tentang kebaikan minuman kultur yang kaya dengan kandungan bakteria baik untuk usus kan?

Bermacam-macam jenama berlumba-lumba mengeluarkan kempen-kempen iklan untuk mempromosikan kebaikan minuman berkultur dengan bakteria prebiotic ini.

Namun, kebanyakan minuman probiotic di pasaran juga didapati mengandungi kandungan gula tambahan yang tinggi.

Niat kita nak bagi anak-anak kita membesar dengan sihat sebab sistem pencernaan mereka lebih sihat, alih-alih anak-anak kita boleh terdedah kepada risiko obesiti & diabetes pula

Menakutkan kannnn?

Jadi, apakata ibu-ibu bertukar kepada alternatif yang lebih murah, mudah & sihat untuk membekalkan probiotic kepada anak-anak anda.

Untuk menghasilkan tempe, kacang soya perlu ditapai & dibiarkan pada tempoh masa tertentu sebelum ia menjadi tempe.[2]

Proses penapaian ini turut menghasilkan bakteria probiotic yang sangat bagus untuk kesihatan usus.

Jadi, jadilah ibu-ibu yang lebih bijak & prihatin

Berilah tempe kepada anak-anak anda sebagai alternatif minuman kultur probiotic yang tinggi gula di pasaran

 

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share dengan mereka yang anda kasihi

Posted on

Mengejutkan: Ini apa yang terjadi pada badan anda selepas minum minuman ini

Artikel ini akan mengupas fakta mengejutkan tentang minuman yang berselindung di sebalik iklan yang mendakwa mampu memberikan anda lebih tenaga.

Benarkah dakwaan mereka?

Kita biasa terlihat atau terdengar tentang syarikat-syarikat pengeluar minuman bertenaga di media sosial, media cetak mahupun media massa.

Antara jenama minuman pemberi tenaga yang sinonim dengan kita di Malaysia adalah Livita, Red Bull, Tongkat Ali, Monster Energy Drink dan lain-lain lagi jenama

Artikel kali ini akan memfokuskan kepada salah satu daripada jenis minuman pemberi tenaga yang popular dalam senarai di atas, iaitu Red Bull

Adakah anda tahu apakah nutrisi yang terkandung dalam setin minuman tenaga Red Bull?

Sumber: USRDA

 

Seperti yang kita lihat, setin Red Bull mengandungi lebih kurang 80mg kafein

Mari kita lihat perincian apa yang terjadi dalam badan kita dalam tempoh 24 jam selepas meminum Red Bull

 

Selepas 10 minit meminum Red Bull

  • Kebiasaanya, selepas anda mula meminum minuma bertenaga, masa yang di ambil untuk kafein masuk dalam aliran darah ialah selama 10 minit
  • Dlam tempoh ini kadar degupan jantung & tekanan darah anda mula bertambah

 

Selepas 15-45 minit meminum Red Bull

  • Ini adalah tempoh di mana kandungan kafein mencapai aras puncak dalam aliran darah anda
  • Ketika ini, keupayaan anda untuk menjadi lebih prihatin dengan keadaan sekeliling juga bertambah
  • Fokus & daya konsentrasi ada pada tahap yang jauh lebih baik daripada sebelum anda mengambil kafein

 

Selepas 30-50 minit meminum Red Bull

  • Tempoh ini adalah tempoh di mana kesemua kaffein yang diambil anda telah diserap oleh badan sepenuhnya
  • Hati anda juga telah bertindak balas dengan menyerap lebih gula ke dalam aliran darah anda

 

Selepas 1 jam meminum Red Bull

  • Badan akan mula mengalami satu fenomena yang dipanggil Sugar Crash.
  • Ini terjadi kerana kesan kafein dalam darah telah mula menurun
  • Anda akan mula berasa letih serta tenaga anda akan mula menurun

 

Selepas 5 hingga 6 jam meminum Red Bull

  • Ini adalah tempoh separuh hayat kafein
  • Maksudnya, badan anda mengambil tempoh masa sepanjang ini untuk mengurangkan kandungan kafein dalam darah anda ke tahap 50%
  • Perhatian: Wanita yang sedang dalam sesi pengambilan pil perancang akan mengambil masa yang lebih lama daripada ini, sehingga 2 kali ganda lamanya

 

Selepas 12 jam meminum Red Bull

  • Tempoh masa yang diambil oleh kebanyakan orang untuk mengumuhkan sehingga habis kandungan kafein dalam aliran darah mereka
  • Walau bagaimanapun, ini tergantung kepada banyak faktor: daripada faktor umur sehinggalah ke fakto tahap kecergasan aktiviti

 

Antara kesan sampingan yang pernah dilaporkan daripada pengambilan minuman tenaga Red Bull adalah sembelit

& sakit kepala

Kesimpulannya, adakah sebenarnya ia adalah tindakan yang bagus atau buruk untuk mengambil minuman tenaga?

  • Kebanyakan minuman tenaga diadun dengan kandungan gula & kafein yang tinggi, yang bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan tenaga dalam badan manusia dengan segera. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:
    • keresahan,
    • kadar degupan jantung yang tinggi,
    • ketidakselesaan di dalam perut,
    • dehidrasi &
    • kemungkinan untuk mendapat diabetes
  • Walaupun mempunyai kandungan kafein yang tinggi iaitu sebanyak 80mg dalam setin bersaiz 250ml, Red Bull masih dalam anggaran tahap selamat pengambilan seharian kafein yang dicadangkan iaitu 400mg sehari.
  • Bersederhana dalam pengambilan minuman tenaga kerana kandungan gula yang tinggi melebihi 20g dalam setiap hidangan mampu meningkatkan risiko mendapat diabetes @ kencing manis kepada anda

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, tekanlah butang share di bawah agar orang lain boleh mendapat manfaatnya juga.

 

 

 

Posted on

Sembelit: Tips pemakanan untuk menjadikan anda lebih teruk

Sembelit?

Apakah itu sembelit?

Sembelit boleh didefinisikan sebagai:

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.[1]

 

 

Apakah tanda-tanda & gejala yang anda mengalami sembelit?

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak. [1]

 

Jadi, di sini kami ingin kongsikan tips-tips untuk mengelakkan anda lebih sengsara ketika sembelit, dengan megelakkan makanan-makanan di bawah ini:

 

  1. Produk Tenusu

  • Jika anda selalu dirundung masalah sembelit, elok anda lihat kembali gaya pemakanan anda
  • Muhasabah diet anda
  • Mungkin anda terlalu banyak mengambil keju (cheese) & susu
  • Yalah, orang Malaysia kan gila Cheese
  • Pisang goreng cheese, burger bakar cheese, cheesekut, kek cheese leleh malah nasi lemak pun dah jadi mangsa pengkejuan, Nasi Lemak Cheese
  • Tapi jangan khuatir, anda tidak perlu berpatah arang langsung dengan cheese & susu
  • Hanya perlu kurangkan pengambilan Nasi Lemak cheese daripada setiap hari kepada sekali sahaja dalam seminggu
  • Ataupun anda boleh pilih produk yang lebih sihat
  • Boleh juga cuba minum minuman berkultur & ambil yogurt, yang mengandungi bakteria hidup yang baik untuk sistem pencernaan kita
  • Mungkin ini boleh membantu mengurangkan sengsara anda sembelit

 

    2. Makanan segera

  • Kadang-kadang, tuntutan kerja yang semuanya nak cepat siap memaksa kita mengorbankan masa makan kita
  • Sebagai alternatif, ramai daripada kita yang lebih selesa memilih makanan segera, yelah siap boleh hantar sampai depan pintu pejabat kan
  • Malangnya, kebanyakan makanan segera ini tidaklah seimbang
  • Nampak berkhasiat tapi sebenarnya kaya dengan karbohidrat, garam, lemak & gula yang tinggi-tinggi belaka, setinggi menara Kuala Lumpur
  • Kebanyakan makanan segera kurang kandungan serat, serat amat penting untuk membantu sistem pencernaan kita bekerja dengan lebih effisien
  • Sebagai alternatif,cuba kurangkan pengambilan makanan segera, sesegera yang mungkin agar anda segera bebas daripada kesengseraan sembelit

 

  3. Makanan bergoreng

  • Tak salah kalau nak setia dengan makanan kegemaran anda, Ayam Goreng Pakcik Kentaki
  • Tapi sementara anda tengah terseksa zahir & batin dek sembelit ni, cubalah pertimbangkan untuk memilih hidangan yang lebih banyak serat, macam sayur-sayur hijau tuuu
  • Makanan bergoreng kaya dengan kandungan lemak & membuatkan proses pencernaan menjadi lebih sukar
  • Bilamana ia melalui usus anda, terlalu banyak air yang akan diserap keluar
  • ini yang menyebabkan tahi anda menjadi keras & sengsara dek sembelit

 

 4. Telur

 

  • Telur kaya dengan protein
  • Tapi miskin serat
  • Ingat, anda sembelit kerana mungkin anda kurang makan makanan berserat tinggi
  • Kalau anda tak boleh move-on dengan telur, cuba buat telur dadar, campur sekali sayur bayam segar & tomato atauupun kangkung hijau
  • Hasilnya, anda dapat protein + serat yang lazat
  • Yay!

 

 

 5. Kek

 

  • Kek memang sedap kan
  • Manis & lembut & gebu gebas
  • Malangya, hampir kesemua produk pastri & bakeri menggunakan refined sugar @ gula yang telah dihaluskan
  • Menjadikan mereka kurang serat & air, kaya lemak
  • Hadkan pengambilan kek semasa anda menderita sembelit
  • Tak boleh hidup tanpa manisan?
  • Cuba alternatif ini.
  • Gantikan cake craving anda dengan mengambil buah-buahan yang manis seperti tembikai susu, mangga, tembikai, nanas
  • Kesemua buah di atas memang manis, malah kaya dengan khasiat tambahan seperti serat yang sangat anda perlukan semasa proses penderitaan sembelit ini