Shampoo Santan My Home Lab Viral & Original

Rated 5.00 out of 5 based on 5 customer ratings
(5 customer reviews)

RM35.00

  • My Home Lab Shampoo Santan, shampoo yang berbau oren, tiada bau santan atau kelapa,
  • Harga cuma RM 35.00 sebotol.
  • Diyakini rakyat Malaysia sebagai teman menyelesaikan rambut gugur mereka.
  • Membantu ratusan wanita & lelaki mengatasi masalah rambut gugur yang teruk
  • Menjadi pilihan ibu-ibu yang inginkan produk terbaik untuk anak-anak mereka
  • Produk lulus KKM
  • Bebas bahan kimia berbahaya
  • Sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan penampilan & karisma diri
  • Tidak sesuai untuk golongan yang tiada masalah rambut & lebih mementingkan wang ringgit daripada keutamaan penampilan diri
  • Penggantian Produk Percuma Jika Rosak Semasa Penghantaran. Perlu disertakan bukti bergambar serta merta.
  • Jaminan wang dikembalikan sepenuhnya (FULL MONEY REFUND) jika produk tidak berkesan langsung selepas penggunaan botol ke-2 & mengikut panduan & cara pemakaian yang disyorkan oleh pihak kami.
  • Jaminan mendapat produk tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh luput yang tertera.
  • Khidmat Nasihat Percuma bernilai RM 119.90

Frequently Bought Together

+++
Price for all:   RM202.90

Description

Shampoo santan my home lab

Shampoo Santan yang dimaksudkan disini adalah Shampoo Santan viral keluaran syarikat My Home Lab Sdn Bhd.

My Home Lab Sdn Bhd juga dikenali sebagai Shampoo Santan HQ.

Shampoo santan ini untuk siapa sebenarnya?

Anda mesti tertanya-tanya kan kenapa produk ni begitu popular di kalangan rakyat Malaysia kebelakangan ini?

Ini kerana produk ini telah berjaya & terbukti membantu ribuan rakyat Malaysia untuk menyelesaikan Top 5 masalah yang berkaitan dengan rambut!

Apa itu Top 5 masalah rakyat Malaysia yang berkaitan dengan rambut?

  1. Masalah rambut gugurproduk ini ternyata telah terbukti berkesan membantu menyelesaikan masalah rambut gugur, baik lelaki mahupun wanita.
  2. Rambut & kulit kepala berkelemumurmasalah kelemumur berpanjangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia telah juga dapat produk ini bantu atasinya
  3. Rambut berbuah – rambut berbuah merupakan sebahagian masalah yang biasa dialami oleh muslimah yang bertudung & berhijab. Produk ini  telah berjaya membantu mengatasi masalah rambut berbuah juga.
  4. Kegatalan kulit kepalatestimoni pengguna yang dah cuba shampoo ni memberikan feedback & review positif selepas mereka menggunakan shampoo santan ni.
  5. Masalah uban sebelum tua – uban merupakan perkara semulajadi yang akan dihadapi oleh setiap manusia di muka bumi ini. Dan ia adalah normal. Namun yang tidak normal ialah apabila umur anda masih di tahap belia tetapi uban telah mula muncul! Produk ini berjaya mengatasi masalah ini juga!

5 punca utama masalah keguguran rambut di kalangan lelaki & perempuan

  1. Keturunan
  2. Tekanan perasaan / stress – ramai yang tidak sedar mahupun perasan ini merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar kepada masalah keguguran rambut baik di kalangan lelaki mahupun perempuan.
  3. Diet pemakanan yang tidak seimbang – rejim penjagaan rambut yang terbaik adalah dari luaran dan dalaman. Dari segi dalaman pula, pemilihan makanan yang seimbang dan sihat dapat membantu dengan banyak mengatasi masalah keguguran rambut.
  4. Masalah hormon dalaman – wanita sering berhadapan dengan masalah rambut gugur terutamanya ketika fasa datang bulan & juga semasa tempoh melahirkan anak atau semasa mengandung.
  5. Salah memilih produk penjagaan rambut yang bersesuaian

Kandungan dalam sebotol shampoo santan.

my home lab Shampoo santan  diformulasi secara natural & handmade.

Kandungan utama shampoo santan adalah seperti berikut:

 

Santan Kelapa (Coconut Milk) 

  • santan kelapa membantu menyuburkan kulit kepala & rambut
  • dapat membantu mengawal minyak berlebihan pada kulit kepala
  • terbukti membantu mengelakkan kepala botak
  • masalah rambut beruban? Santan kelapa dapat juga membantu mengatasinya
  • kaya dengan Vitamin E yang amat diperlukan untuk rambut menjadi lebih sihat

 

Minyak kelapa (coconut oil)

  • minyak kelapa dalam shampoo santan membantu menguatkan rambut dari akar sehingga ke hujungnya
  • terbukti juga membantu menjadikan rambut lebih lembut
  • minyak kelapa dapat membantu mengatasi masalah kelemumur pada rambut & kulit kepala
  • masalah rambut bercabang di hujung? minyak kelapa kan ada untuk membantu mengatasi masalah ini

 

Pati minyak oren (sweet orange essential oil)

  • Sweet essential oil yang terdapat di dalam shampoo santan dapat membantu melegakan kegatalan kulit kepala
  • membantu merangsang pertumbuhan rambut baru
  • memberikan bau yang segar. shampoo santan adalah shampoo / syampu untuk rambut gugur yang ada santan tapi tak berbau santan, bau oren!
  • bau oren juga mampu bertindak sebagai rawatan aromaterapi yang membantu anda lebih tenang & mengurangkan risiko rambut gugur akibat tekanan & stress

 

Pati minyak Rosemary (rosemary essential oil)

  • Minyak pati rosemary dalam shampoo santan membantu anda melawan keguguran rambut
  • Rosemary essential oil dalam shampoo santan ini juga dapat membantu anda melawan masalah kelemumur.
  • masalah kulit kepala kering? Jangan risau, rosemary essential oil dapat membantu anda mengatasi masalah ini juga

 

Tambahan extra Vitamin Pro-B5 & Vitamin E

  • Vitamin Pro-B5 & Vitaming E yang ditambahkan didalam sebotol shampoo santan yang berisipadu 250ml ini membuktikan pihak Shampoo Santan HQ benar-benar serius hendak menjadikan produk ini sebagai shampoo untuk melawan rambut gugur
  • kerana apa? kerana kedua-dua vitamin ini terbukti telah membantu kita mendapat rambut yang lebih sihat & menawan
  • kalau tak masakan gergasi kosmetik shampoo lain turut menambahkan kedua-dua vitamin ini dalam shampoo melawan masalah keguguran rambut mereka?

kelebihan Shampoo santan ini?

  • Bebas silicone – silicone ialah bahan tambahan yang bersifat seperti lapisan plastik yang menyaluti rambut anda untuk memberikan kesan ilusi sinaran & kekilatan. Silicone menghalang rambut menyerap khasiat luaran secara semulajadi & efektif.
  • Bebas SLS (Sodium Lauryl Sulfate) – bahan pencuci yang kuat yang terdapat dalam shampoo komersial yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit kepala. Shampoo santan boleh dikategorikan sebagai “mild shampoo” kerana tiada SLS , justeru sesuai digunakan pada bayi seawal 6 bulan juga.
  • Bebas Paraben – Paraben adalah bahan pengawet yang telah digunakan secara meluas dalam industri kosmetik & ternyata ia mampu memberikan mudarat kepada manusia jika terdedah dalam tempoh yang lama & berpanjangan.
  • Lulus KKM –  shampoo santan KKM number ialah NOT17062266K. Anda boleh semak sendiri nombor KKM produk ini di laman web rasmi Bahagian Kawalan Kosmetik Malaysia KKM.

Soalan-soalan yang berkaitan dengan produk my home lab ini

Q: Shampoo santan berapa ml?

A: isipadu sebotol  produk keluaran my home lab sdn ini ialah 250ml

 

Q: Berapa harga shampoo santan?

A: Harga sebotol shampoo santan untuk rambut gugur ini hanya RM 35.00 sebotol. Tambahan Poslaju RM 8 untuk semenanjung Malaysia.

 

Q: Bayi boleh pakai ke shampoo  ni?

A: YA. sesuai untuk bayi yang berumur 6 bulan & keatas.

 

Q: Sebotol boleh tahan berapa lama?

A: 2 bulan

 

Q: Macamana cara nak pakai ni?

A: Pakai seperti shampoo biasa.

 

Q: Berapa kerap saya nak pakai shampoo my home lab ini?

A: Untuk kulit kepala berminyak yang teruk, bolehlah pakai 1 x setiap hari. Untuk kulit kepala normal, bolehlah pakai 1 x dalam selang masa 2-3 hari.

 

Q: Yang Beauroque.com jual ini shampoo santan original ke?

A: Ya. Kami merupakan ejen sah berdaftar shampoo santan My Home Lab Shampoo Santan. Base kami adalah di Banting & merupakan salah seorang ejen shampoo santan banting selangor

 

Q: Macamana nak tahu shampoo santan fake/ tiruan?

A: Bermula Oktober 2017, pihak Shampoo Santan HQ My Home Lab Sdn Bhd telah mengimplemen penggunaan nombor unik untuk tracking product shampoo santan mereka. Setiap shampoo santan yang dikeluarkan My Home Lab Sdn Bhd ada nombor unik terdiri daripada gabungan Huruf dan angka.


Soalan tambahan paling popular untuak produk my home lab ini

 

Q: Kenapa saya tengok shampoo santan yang dijual di Lazada, Shopee, 11 street harganya jauh lebih murah?

A:

Kami tidak menjual murah kerana kami memegang amanah selaku ejen My Home Lab. Pihak My Home Lab telah menetapkan harga jualan produk mereka & seharusnya ejen-ejen mereka perlu mematuhinya. Melainkan jika ada tawaran rasmi daripada pihak shampoo santan HQ

Tuan/Puan bebas untuk mendapatkan produk ini yang lebih murah daripada tempat lain tetapi kami berharap tuan/puan dapat berfikir, apakah etika seorang peniaga yang tidak beramanah setelah bersetuju dengan kontrak semasa hendak menjadi ejen shampoo santan My HOme Lab?

 

Q: Berapa pantas boleh saya lihat kesan penggunaan produk ini?

A: Amaran! Ini bukan produk magic untuk membantu tuan/puan mendapat kesan serta merta. Namun secara purata kesan positif dapat dilihat dalam tempoh 4 minggu selepas penggunaan konsisten & mengikut panduan yang disarankan oleh kami.

 

Q: Berapa lama tempoh expired sebotol shampoo santan ini?

A: 6 bulan daripada tarikh dikilangkan.

 

Q: Kenapa cepat sangat shampoo my home lab ni expired?

A: Hal ini kerana pihak my home lab sdn bhd tidak menggunakan Paraben sebagai bahan pengawet.

 

 

Q: Saya suka travel backpacking jalan-jalan naik kapal terbang, boleh tak shampoo ni dibawa masuk dalam cabin luggage?

A: Mengikut undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak KLIA, semua cecair , bahan aerosol & gel boleh dibawa masuk ke dalam cabin sebagai hand luggage tetapi MESTILAH bersaiz TIDAK MELEBIHI 100 ml/100 gram / 3.4 oz serta jumlah total tidak melebihi 1000ml / 1 liter. Sebagai alternatif boleh dapatkan Travel Pack Size Produk ini.

 

 

Q: Saya ada soalan tambahan, macamana nak tanya?

A: Senang, direct whatsapp ejen kami sahaja.


Testimoni & review shampoo santan home lab

Berikut adalah testimoni & review daripada pengguna yang dah mencuba shampoo  my home lab ini. Klik pda gambar untuk gambaran yang lebih besar dan jelas.


Kenapa mesti membeli daripada kami?

  1. Sistem pembayaran yang selamat & mudah. Sistem pembayaran kami diuruskan oleh pihak senangPay.
  2. Everyday shipping. Kami hantar poslaju pesanan pelanggan setiap hari kecuali hari cuti am, hari sabtu, hari ahad & hari kiamat.
  3. Jaminan mendapat shampoo santan yang tidak melebihi 2 bulan daripada tempoh expired date.
  4. Respon pantas khidmat pelanggan
  5. Loyalty program yang best. Jika anda setia bersama kami, kami belanja anda sebotol shampoo santan percuma selepas anda beli botol yang ke-10 daripada kami. Ala..macam Starbuck tu, beli 10 cawan kopi percuma 1 cawan kopi.
  6. Jaminan wang dikembalikan 100% jika pesanan anda tidak sampai, lambat sampai lebih daripada 7 hari waktu bekerja. (Dengan syarat alamat & nombor telefon anda yang diberikan semasa tempahan adalah betul serta anda telah dapat dihubungi oleh pihak poslaju atau gdex semasa mereka menghantar barang ke rumah anda)

 

 

Ingredients:

  • Water
  • Coconut Oil Amidopropyl Betaine
  • Santan Kelapa (Coconut Milk)
  • Minyak Kelapa (Coconut Oil)
  • Guar Gum
  • Xanthan Gum
  • Sweet Orange Essential Oils
  • Rosemary Essential Oil
  • Pro-Vitamin B5 (D-Panthenol)
  • Vitamin E (Tocopheryl Acetate)
  • Phenoxyethanol

Caution!

For external use only. Avoid contact with eyes. If contact occurs, rinse thoroughly with water. Keep out reach of children

 

Amaran!

Untuk kegunaan luaran sahaja. Elakkan sentuhan terus kedalam mata. Jika berlaku sentuhan kepada mata, alirkan air dan bilas mata dengan sempurna. Jauhkan daripada kana-kanak & musuh cinta anda.


 

What’s in the box:

  • 1 X 250 ml My Home Lab Shampoo santan
  • 1 x Free Consultation worth RM 99.98 monthly (for 2 months)

Additional information

Shipping Policy

Please refer our Shipping Policy Page
https://beauroque.com/our-shipping-policy/

Shipping Cost

RM 8.00

Courier

POSLAJU / GDEX

Estimated Delivery TIme

1-3 Working Days

Expiry Date

GUARANTEED not more than 2 months

F.A.Q

Q: Sebotol boleh tahan berapa lama?

A: 2 bulan (dengan penggunaan 2x sehari)


Q: Kenapa My Home Lab Shampoo Santan ini tidak tahan lama?

A: Shampoo Santan ini tidak mengandungi Paraben yang bertindak sebagai bahan pengawet


Q: Benarkah ada bau santan ataupun kelapa dalam My Home Lab Shampoo Santan ini?

A: Tidak! Shampoo ini berbau oren. Wangi


Q: Adakah ini My Home Lab Shampoo Santan Original?

A: Ya. Kami adalah ejen sah berdaftar dengan My Home Lab Sdn. Bhd.


Q: Kenapa saya jumpa di tempat lain yang lebih murah?

A: Sebagai ejen sah yang berdaftar, kami tertakluk kepada undang-undang & syarat Ibu Pejabat My Home Lab Sdn. Bhd. Tindakan tidak menjual My Home Lab Shampoo Santan dengan harga yang ditetapkan oleh pihak HQ (melainkan dalam tempoh promosi rasmi HQ) adalah suatu tindakan yang tidak beretika. Mahukah anda berurus niaga dengan orang yang tidak beretika & berintegriti?


Q: Saya berminat untuk membeli My Home Lab Shampoo Santan ini, tetapi saya bimbang jika saya ada kemusykilan tentang produk ini. Bagaimana?

A: Whatsapp talian hotline Beauroque di +6.017.696.1969

Cara Penggunaan

  1. Basahkan rambut anda sebelum menggunakan My Home Lab Shampoo Santan
  2. Tuangkan My Home Lab Shampoo Santan ke atas tapak tangan.
  3. Lumurkan & ratakan pada rambut dan kulit kepala anda.
  4. Jangan terperanjat kalau tiada buih yang banyak kerana MY Home Lab Shampoo Santan Original ini tidak mengandungi SLS, iaitu ejen pembersih komersil yang mampu memberikan kesan merengsa pada kulit kepala sesetangah individu.
  5. Pejamkan mata anda yang menawan itu, urut kulit kepala anda dengan tenang & tersenyum.
  6. Untuk kesan yang lebih bagus, biarkan seketika barang 2-3 minit shampoo anda ketika ini di kepala. Jika anda sedang berendam di dalam tab mandi, anda boleh terus bermain dengan itik kuning anda, ataupun jika anda tidak mempunyai tab mandi, anda boleh terus menyabun badan anda.
  7. Bilas sehingga bersih rambut anda.
  8. Tahniah! Anda telah berjaya menyempurnakan langkah-langkah penggunaan My Home Lab Shampoo Santan Original ini dengan jayanya. You are the winner!

Why Us?

Kami di Beauroque.com percaya NILAI adalah lebih berharga daripada HARGA.

Kami menawarkan NILAI TAMBAHAN kepada para pelanggan yang membeli daripada kami seperti berikut:

  • Polisi everyday delivery kami membantu anda mendapat pesanan dengan lebih pantas.
  • Kami akan melakukan pengeposan pesanan anda setiap hari kecuali Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am & Hari Kiamat.
  • Bagaimanapun, kami akan mengeluarkan notis 7 hari awal jika terpaksa menunda pengeposan pada tarikh-tarikh tertentu

 

  • Sistem pembayaran yang SELAMAT & SENANG.
  • Kami menerima pembayaran daripada semua Online Banking di Malaysia & juga Kad Kredit.
  • Sistem pembayaran kami diuruskan oleh syarikat senangPay, salah satu payment gateway yang selamat & mempunyai reputasi tinggi di Malaysia

 

 

  • Kumpul mata untuk setiap barang yang anda beli daripada e-commerce kami.
  • Untuk melayakkan anda mengumpul mata, anda mestilah mendaftar akaun semasa membuat pembelian pertama anda & mata anda dikreditkan secara automatik ke dalam akaun anda.
  • Kumpul sehingga 1000 mata & anda boleh tebus RM 100 daripada kami.

 

  • Anda pernah mengalami situasi seperti tertanya-tanya sudahkah barang yang ditempah diposkan?
  • Jangan risau, kami menawarkan servis LIVE UPDATE PERCUMA lokasi terkini barang anda terus ke email & sms anda.
  • Anda tak perlu hidup dalam ketidakpastian lagi apabila berbelanja di Beauroque.com

 

  • Jaminan wang dikembalikan jika barang yang ditempah anda tidak sampai ke alamat yang anda berikan
  • Jaminan wang dikembalikan sekiranya barang yang kami poskan adalah PALSU & TAK ORIGINAL

5 reviews for Shampoo Santan My Home Lab Viral & Original

5 star
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Powered by Customer Reviews Plugin
  1. Rated 5 out of 5

    Abdullah

    Been using it almost 2 months.
    Dah x pakai shampoo lain lagi dah sekarang.

    Was this review helpful to you?
  2. Rated 5 out of 5

    Afiq

    Rambut semakin kuat dan kurang gugur. Shampoo terbaik setakat ni. Satu family pakai

    Was this review helpful to you?
  3. Rated 5 out of 5

    Efa omar

    Akhirnya sy n suami dah jumpa shampoo yg betul2 sesuai…sbelum ni rambut byk gugur masa cuci.. mgkin shampoo yg kami guna sbelum ni xsesuai.. Tp skrg dah kurang sgt2 rambut yg gugur.. Tqvm myhome lab!!!

    Was this review helpful to you?
  4. Rated 5 out of 5

    Ian

    Rambut kurang gugur. Kelemumur pun berkurang. Banyak produk shampoo dah cuba sebelum ni tak berkesan. Guna shampoo santan ni baru ok… Highly recomended 👍

    Was this review helpful to you?
  5. Rated 5 out of 5

    Yuhana

    shampoo santan ni saya mula-mula dengar daripada kawan sepejabat saya….dia cerita yang rambut dia banyak gugur..lepas tu dia beli shmpoo santan ni daripada website ni…saya pun mengalami masalah yang sama macam kawan saya tu…saya dah pakai botol ke-3, terima kasih shampoo santan..terima kasih juga beauroque…servis pantas…barang cepat sampai…

    Was this review helpful to you?
Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…