Trudolly Roque Star 2018

RM228.00


27/01/2018

Description

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Izinkan saya memperkenalkan diri dahulu. Nama saya Faiz, beumur 32 tahun. Semenjak tahun 2015, saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori Obes Kelas 2 (BMI 39.06). Berat badan saya ketika itu 100kg. Saya memakai seluar bersaiz 46″.

Ini adalah senarai masalah yang saya selalu hadapi semasa menjadi makhluk yang obese di Malaysia

  1. Mudah terasa letih
  2. Mudah hilang fokus
  3. Mudah terasa semput
  4. Kaki / lutut sering berasa sakit
  5. Kaki mudah cramp
  6. Cepat berpeluh & badan berbau kurang menyenangkan
  7. motivasi diri yang sangat rendah bila berada di khalayak
  8. Sentiasa menjadi bahan jenaka
  9. Susah sangat nak cari seluar & baju yang sesuai
  10. Terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak sebab harga pakaian plus size biasanya mahal sikit
  11. sebulan sekali, wajib pergi ke hospital untuk follow up dengan doktor paras kolestrol dalam darah yang tinggi & untuk topup ubat kawalan kolestrol.

 

Bukan saya tak pernah mencuba mengurangkan berat badan, tapi kegagalan sentiasa menjadi teman setia dalam perjalanan itu.

Namun bermula Oktober 2016, saya memulakan misi baharu.

Saya kaji kembali punca kegagalan saya sebelum ini & alhamdulillah, selepas saya come out dengan formula & teknik sendiri, saya berjaya menurunkan berat badan saya kepada 74kg!

Semasa hari raya lepas, saya dah mampu tersenyum lebar pakai baju melayu saiz M! Sebelum tu saya pakai saiz XXXL kut!

Seluar jeans? saya dah melaram seluar jeans Levi’s saiz 34 masa hari raya tu. Seluar lama saya yang saiz 46 tu saya simpan kemas-kemas dalam gobok saya sebagai kenangan. Ada juga seluar-seluar lama yang masih lawa dan elok saya sedekahkan pada kawan-kawan yang saiz sama macam saya sebelum tu.

Tapi semua ini saya perolehi dalam tempoh lebih kurang 6 bulan.

Mesti ada yang skeptikal, sembanglah kau ni 6 bulan baru dapat lose weight. Kawan aku sebulan je dah banyak gila lose weight weih!

Ya, saya tahu ada yang berjaya turunkan berat badan super pantas tetapi tahukah anda cara penurunan berat badan yang betul & sihat?

Tujuan utama kita turunkan berat badan adalah untuk menjadi lebih menarik & sihat.

Dah kalau teknik turunkan berat badan dah tak secara sihat macamana nak jawab tu?

Gambar saya sendiri. Gemok gile kan gambar lama saya di sebelah kanan tu!

 

Bersempena tahun 2018 ni, saya ingin memulakan Fasa 2 penurunan berat badan secara insentif. Memang saya telah merancang dari awal untuk melakukan program penurunan berat badan saya secara sihat & berperingkat. Sebab ada satu benda yang paling saya takut & cuba nak elak seboleh mungkin kalau tak bahagikan secara fasa.

Nak tahu apa benda tu? Saya akan dedahkan kepada mereka yang telah mendaftar dalam program ini sahaja. Benda ini amat penting tapi selalu orang yang nak kurus terlepas pandang.

Target saya nak dapatkan BMI yang sihat untuk tahun ini.

Tapi untuk tahun 2018 ini, saya nak ubah sikit teknik. Saya nak mengurus bersama-sama dengan mereka yang mempunyai objektif yang sama seperti saya.

Saya nak bantu sekurang-kurangnya 150 orang menjadi lebih sihat pada pertengahan tahun ini.

Tahukah anda kenapa 95% orang gagal dalam cabaran menurunkan berat badan?

Di bawah ini saya senaraikan Top 4 reason orang gagal dalam cabaran menguruskan berat badan.

  1. kurang motivasi
  2. tiada sokongan
  3. mendambakan fast result
  4. tiada ilmu & teknik yang betul

SAYA AKUI PUNCA KEGAGALAN SAYA SEBELUM INI MEMANG DISEBABKAN KESEMUA SEBAB DIATAS

 

Jadi, apa yang akan dapat daripada program ini?

  1. Panduan lengkap asas menurunkan berat badan secara sihat yang telah saya compile dan amalkan sehingga saya berjaya menurunkan berat badan bernilai RM 199.00
  2. Grup support selama 6 bulan
  3. Personal Q&A Whatsapp/Text bersama saya. Saya bukanlah sifu tapi saya akan membantu anda sedaya mungkin
  4. Jaminan wang pendaftaran dikembalikan 100% jika tiada perubahan positif langsung dalam tempoh 6 bulan selepas menyertai & mengamalkan secara betul segala panduan dan teknik yang telah diberikan oleh saya semasa program ini berjalan.

Terma & Syarat Program ini.

  1. Peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan selama sekali sahaja.
  2. Program ini menggunakan Trudolly by Fazura sebagai supplement tambahan utama untuk membantu program penurunan berat badan ini. Untuk peserta kekal dalam program ini, peserta hendaklah mendapatkan Trudolly by Fazura daripada pihak kami. Komitmen bulanan selama minimum dalam 6 bulan diperlukan.
  3. Program ini bukan program ajaib, fast result & mudah. Tapi kalau anda lebih rela bersusah payah di kemudian hari di hospital kerana masalah jantung & kesihatan akibat masalah kolestrol silakan. Anda bukanlah calon yang sesuai untuk program ini & tak perlu membuang masa anda & peserta yang dedikasi yang lain.
  4. Program akan bermula pada 15/1/2018. Pendaftaran akan ditutup pada 14/1/2018 atau sehinggat tiket habis.
  5. Program ini berdasarkan First Come First Serve Basis. Lambat anda akan terlepas peluang.
  6. Pihak kami layak menukar syarat-syarat & terma pada bila-bila masa semasa program sedang berjalan.

 

 

Mesti ada yang bertanya kan, kenapa nak ambil bayaran tambahan? Tak bolehkah Encik Faiz buat program ini percuma?

Saya memang nak buat program ni percuma tetapi bila kita beri benda secara percuma, orang akan lebih mudah ambil mudah, enteng dan tak peduli. At the end, sehingga tahun 2019 masih menten kekalkan Azam Tahun Baharu nak kurus yang dah berpuluh tahun GAGAL atas sikap diri sendiri yang sambil lewa.

 

Ingat, nak kurus memang senang, tapi nak kurus sorang-sorang tanpa support members tu yang sangat mencabar dan tak senang!

 

 

 

What In the Box?

  1. Trudolly by Fazura Detox Pro & Beauty Booster worth RM 99.00 x 1
  2. Enrollment Fee for Trudolly Roque Star Program (One off Payment)  worth RM 129.00 x 1

 

 

 

Customers' review

5 stars 0 0 %
4 stars 0 0 %
3 stars 0 0 %
2 stars 0 0 %
1 star 0 0 %

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Trudolly Roque Star 2018”

    You may also like…