Posted on

Faedah kesihatan yang diperolehi daripada pelukan

Pelukan adalah salah satu aktiviti yang dapat memberikan banyak faedah kesihatan kepada kita

Secara sedar atau tidak, sentiasa memeluk insan yang kita kasihi dapat memberikan faedah-faedah  seperti di bawah:

 

  1: Mengurangkan tekanan

  •   Kajian menunjukkan, apabila kita memeluk orang yang kita sayangi & kasihi, tubuh badan kita akan menghasilkan satu hormon
  • Hormon ini dipanggil oxytocin
  • Hormon oxytocin mampu menerbitkan perasaan tenang di dalam badan kita & ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menangani masalah stress dengan lebih baik
  • Sebagai contoh, anda akan mampu untuk ketawa, mengalihkan perhatian daripada masalah yang menyebabkan anda stress ataupun dapat membantu anda untuk menyelesaikan apa jua masalah yang sedang anda hadapi
  • Ia juga dapat merendahkan tekanan darah anda & juga merendahkan “hormon stress” anda yang dikenali sebagai cortisol

 

 

  2: Jantung anda mungkin berterima kasih kepada anda

  •  Tekanan darah yang rendah & tekanan perasaan yang rendah adalah kombinasi yang baik untuk menjamin kesihatan jantung anda
  • Yang paling nyata, para wanita yang paling banyak mendapat manfaat daripada aktiviti berpelukan ini menurut kata saintis
  • Namun, yang pasti para lelaki juga tidak terlepas daripada mendapat manfaat yang sama

 

 

 3: Melegakan kesakitan

  •  Jika anda mengalami kecederaan, pelukan yang bagus mungkin boleh memberikan lebih manfaat kepada anda daripada sekadar sebagai sokongan moral
  • Hormon oxytocin yang dirembeskan semasa berpelukan mampu juga menghalang isyarat kesakitan daripada sampai ke otak

 

 4: Melawan jangkitan selsema

  •  Pelukan daripada insan yang anda percayai diyakini dapat membantu melindungi anda daripada serangan virus ini
  • Jika anda telah menghidap selsema sekalipun, pelukan erat daripada insan yang anda percayai & kasihi diyakini mampu mengurangkan jangkitan anda daripada menjadi lebih teruk

 

 5: Mengeratkan hubungan dengan pasangan anda

  •  Kadangkala, oxytocin juga dipanggil sebagai “hormon cinta”
  • Lebih banyak anda berpelukan dengan pasangan anda, lebih bahagia dapat anda kecapi
  • Kajian juga menunjukkan pasangan yang sentiasa berpelukan dengan kasih sayang didapati lebih menikmati kebahagiaan, kegembiraan, lebih sihat & lebih kurang stress

 

 6: Membantu anda tidur dengan lebih nyenyak

  •  Sensasi nyaman & bahagia yang diterbitkan daripada rembesan hormon oxytocin sekali lagi mampu mendapatkan anda tidur yang lebih nyenyak
  • Ingin tidur yang lebih nyenyak? Peluklah pasangan anda semasa bersama-sama di atas katil sebelum anda berdua lena dibuai mimpi

 

 7: Anda akan lebih mudah memahami bayi anda

  •  Ibubapa yang sering memeluk anak mereka, terutama dalam keadaan sentuhan kulit secara terus, akan menjadikan mereka lebih rapat dengan mudah
  • Anda akan lebih mudah untuk memahami kehendak bayi anda
  • Kajian menunjukkan yang para ibu akan menjadi lebih kurang stress, dan si ayah akan lebih berasa bertanggungjawab
  • Ibu yang kurang stress akan lebih mudah untuk menghasilkan susu untuk tujuan penyusuan badan
  • Dan si kecil?
  • Mereka akan lebih kurang menangis, mendapat tidur yang lebih berkualiti & mendapat susuan yang mencukupi

 

 

 8: Bayi akan lebih sihat

  •  Pelukan dengan penuh kasih sayang terhadap si kecil anda akan dapat meningkatkan tahap oksigen bayi anda, mejadikan pernafasan mereka lebih tenang & mengurangkan rasa sakit
  • Antara keajaiban kuasa pelukan kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, pelukan dilihat dapat meningkat kadar peluang untuk mereka hidup, sehingga satu pertiga lebih tinggi
  • Pelukan juga dapat membantu perkembangan otak si kecil anda serta mengurangkan rasa sakit akibat penyakit seperti hipothermia ataupun hipoglisema pada bayi anda

 

Nah, banyakkan manfaat yang boleh diperolehi daripada aktiviti berpeluk ini.

Yan paling best, ia adalah percuma

Tapi pastikan anda melakukan aktiviti ini dengan pasangan anda, jangan pula cuba-cuba nak berpelukan dengan pasangan jiran anda

Takut anda nanti dipeluk tanah untuk selamanya pula

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsilah dengan yang lain ya