Posted on

Tempe: Kebaikan Makanan Kegemaran Orang Jawa

Asal Jawa je mesti selalu kena dikaitkan dengan tempe kan?

Populasi Jawa yang mendominasi sebahagian besar negeri Selangor, Johor & Perak memang terkenal dengan masakan menu enak berasaskan tempe

Sebut sahaja menu berasaskan tempe, daripada yang rebus, gulai, bergoreng, bersambal semua ada.

Cuma belum pernah dengar lagi kombinasi tempe dengan cheese lagi.

Ke dah ada?

Artikel iniĀ  akan berkongsi 3 kebaikan utama makanan murah & berkhasiat kegemaran orang Jawa yang dipanggil tempe ini

 

Kebaikan Tempe Nombor Satu: Tempe kaya dengan kandungan kalsium setanding dengan susu

Penemuan ini adalah hasil kajian kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar [1]

Bahan utama tempe iaitu kacang soya mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang amat diperlukan untuk penjagaan tulang yang kuat.

Kalsium yang diserap oleh tulang manusia mampu menjadikan tulang lebih kukuh.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan masalah osteoporosis yang teruk.

Masalah osteoporosis lebih sinonim dengan kaum wanita kerana kebanyakan wanita yang mengandung, bayi dalam kandungan akan bertindak menyedut kandungan kalsium dalam badan ibu untuk proses pembesaran janin

Prof Suzana berkata tempe didapati dapat menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh.

“Empat keratan tempe adalah setara dengan sejumlah serapan kalsium yang diperolehi dari satu gelas susu,” katanya semasa sidang akhbar ‘Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini adalah satu berita baik untuk mereka yang mengalami masalah Lactose Intolerent. Mereka yang menghidapi masalah lactose intolerent biasanya tidak dapat meminum produk tenusu yang mempunyai kandungan Laktosa yang tinggi di dalamnya

Dari segi sudut ekonomi, harga tempe yang mampu milik ternyata menjadi alternatif yang lebih baik kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan sumber kalsium yang murah, mudah & banyak.

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Dua: Sumber protein yang bagus

Kacang soya yang merupakan bahan asas pembuatan tempe merupakan daripada keluarga Legum.

Seperti yang kita sedia maklum,antara sumber protein semulajadi yang tinggi boleh didapati daripada tumbuhan keluarga legum, ikan & daging

Kenapa protein penting dalam diet seharian kita?

  • untuk pertumbuhan & membaiki tisu-tisu dalam badan
  • membantu mengekalkan kandungan cecair dalam tubuh badan
  • membantu meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dengan meningkatkan keupayaan antibodi dalam badan
  • membantu enzim-enzim dalam badan untuk berfungsi dengan sempurna

Jadi, dengan menambah hidangan tempe dalam diet pemakanan anda, secara tidak langsung anda boleh mendapat sumber protein yang murah & mudah

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Tiga: Membantu Meningkatkan kesihatan Usus

Saban hari kita dihidangkan dengan iklan di media massa tentang kebaikan minuman kultur yang kaya dengan kandungan bakteria baik untuk usus kan?

Bermacam-macam jenama berlumba-lumba mengeluarkan kempen-kempen iklan untuk mempromosikan kebaikan minuman berkultur dengan bakteria prebiotic ini.

Namun, kebanyakan minuman probiotic di pasaran juga didapati mengandungi kandungan gula tambahan yang tinggi.

Niat kita nak bagi anak-anak kita membesar dengan sihat sebab sistem pencernaan mereka lebih sihat, alih-alih anak-anak kita boleh terdedah kepada risiko obesiti & diabetes pula

Menakutkan kannnn?

Jadi, apakata ibu-ibu bertukar kepada alternatif yang lebih murah, mudah & sihat untuk membekalkan probiotic kepada anak-anak anda.

Untuk menghasilkan tempe, kacang soya perlu ditapai & dibiarkan pada tempoh masa tertentu sebelum ia menjadi tempe.[2]

Proses penapaian ini turut menghasilkan bakteria probiotic yang sangat bagus untuk kesihatan usus.

Jadi, jadilah ibu-ibu yang lebih bijak & prihatin

Berilah tempe kepada anak-anak anda sebagai alternatif minuman kultur probiotic yang tinggi gula di pasaran

 

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share dengan mereka yang anda kasihi

Posted on

Doktor lelaki ini kongsi 9 tips penting penjagaan anak lepas bersunat

Bersunat adalah salah satu kewajipan bagi umat islam. Antara hikmah bersunat ialah ia untuk menjaga kesucian kita daripada najis.

Salah seorang doktor telah memuat naik posting di Facebook beliau pada tahun 2016 tentang penjagaan sunat untuk anak-anak lelaki kita

Perkongsian beliau yang secara santai ternyata lebih menghiburkan walaupun penuh dengan nasihat-nasihat perubatan

Jadi mari kita tengok apa tips yang beliau kongsikan tu.

 

Sekarang ni musim sunat.

Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 – 10 hari lps sunat, dgn masalah ” luka tak sembuh ” / ” bengkak/ bentan” / ” byk kulit + darah kering atau keruping melekat.

Ramai parents yg risau terutamanya mak mak.

Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat ” kulit keruping byk melekat” boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan.Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan / bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya ” anak sunat guna clamp ke cara biasa?”. Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman šŸ˜‚šŸ˜‚

Harap perkongsian oleh Khairul Faizie ini dapat membantu mak-mak lebih tenang dalam menjaga anak bujang mereka lepas bersunat/berkhatan

Posted on

Bahayakah pil-pil ubat anda yang berwarna-warni itu?

Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa pil-pil yang anda dapat daripada farmasi, klinik mahupun hospital berwarna-warni?

Sesetengahnya ada yang berwarna oren terang, merah menyala, dari jauh dah boleh nampak pil tersebut

Tapi ada pulak yang cuma berwarna putih macam pil Paracetamol @ Panadol

Kenapa ya agaknya ubat-ubatan pil ni ada berbagai-bagai warna & saiz?

Artikel kali ini akan mengupas sejarah & sebab kenapa pil-pil ubatan kita datang dalam perlbagai bentuk & warna-warni.

 

Sejarah pembuatan pil & tablet perubatan

  • Paling awal dikesan kewujudan ubat dalam bentuk pil ialah semasa zaman Mesir Purba
  • Pada zaman itu, campuran ubat dilapisi oleh tanah liat atau roti pada bahagian luarnya, dan dibentuk dalam bentuk sfera seperti telur cicak atau kuih bijan atau kuih onde-onde
  • Selama 5000 tahun seterusnya, sehingga pertengahan abad ke 20, pil ubatan yang dihasilkan hanya dalam bentuk bulat & berwarna putih. Tiada warna lain selain putih, seputihnya warna salju di danau rindu
  • Hanya pada tahun 60-an, di zaman era muzik Irama 60-an menjadi fenomena di Malaya, baharulah revolusi warna melanda sektor penghasilan ubat-ubatan dalam bentuk pil atau tablet
  • Dengan kepesatan teknologi pada sekitar tahun 70-an,Ā  penghasilah ubatan pil & tablet dalam kepelbagaian warna menjadi semakin rancak & pantas, terima kasih kepada penemuan teknologi kapsul gel lembut yang memungkinkan penghasilan ubatan pil & tablet dalam warna-warni
  • Warna terang yang memukau pandangan mata hadir dahulu seperti warna merah ceri, hijau limau & kuning buah oren
  • Pada zaman kini, kapsul gel boleh diwarnakan dengan 80,000 pilihan warna yang ada.

 

Warna ubat & persepsi

  • Leslie Harrington, PhD, Executive Director of the Color Association of the United States (CAUS), menerangkan warna pada pil & tablet ubatan memberikan peranan besar dalam menerbitkan persepsi yang sepatutnya kepada pesakit
  • Persepsi ini akan seterusnya memainkan emosi mereka
  • Warna dianggap sebagai “ejen yang memberikan maksud”.
  • Kerapkali kita mengaitkan warna dengan maksud yang tertentu seperti biru untuk menenangkan, merah untuk pantas & sebagainya
  • Ada laporan menyatakan yang para pesakit memberikan tindak balas yang pantas terhadap warna pil yang diambil dengan kesan warna pil tersebut.
  • Contoh: Warna biru muda untuk memberikan tidur malam yang lebih lena & warna merah menyala menjanjikan kesan perubatan yang pantas selepas diambil.

 

Warna ubat & identiti jenama

  • Industri farmasitekul juga menggunakan warna sebagai salah satu cara untuk membina pengalaman-Ā untuk menambah & memperkasakan sifat & jenama ubat mereka di kalanganĀ minda para pesakit & pengguna ubat mereka
  • Kebanyakan ubatan yang dahulunya hanya boleh di dapati setelah doktor memberi deskripsi, kini lebih mudah untuk di dapati di kaunter-kaunter farmasi di luar
  • Warna boleh dianggap status kuasa besar kerana ia merupakan asas kepada personaliti dadah itu sendiri
  • Warna boleh membantu pelanggan untuk membuat pembelian ubatan jenama tertentu dengan pemilihan warna oleh syarikat yang menghasilkan jenama ubatan tersebut kerana warna secara tidak langsung membantu merangsang rayuan emosi, untuk menerangkan nilai kesan ubat tersebut (seperti ubat tahan sakit yang boleh dipercayai) & untuk membezakan jenama syarikat ubat (contoh membezakan jenama Panadol & Uphamol)
  • Sebagai contoh kenapa pemilihan warna yang betul memberikan kesan yang nyata dalam membantu merangsang penjualan ubat adalah dengan melihat kajian kes 2 buah syarikat besar yang menawarkan perubatan dalam bidang kesuburan lelaki
  • 2 syarikat itu ialah Viagra & Levitra
    • Viagra hadir dalam pasaran pada tahun 1997
    • Mereka hadir dalam pil berbentuk berlian & berwarna biru
    • Viagra adalah salah satu contoh kejayaan besar dalam industri farmasetikul
    • Mereka mencatat rekod jualan sebanyak $1.74 billion USD (bukan RM 2.6 billion ya) hanya dalam tempoh setahun
    • Pada tahun 2002, syarikat pesaing jenama Levitra telah melakukan kajian pasaran untuk bersaing & meningkatkan jualan ubat mereka
    • Tujuan mereka hanya satu: “Bagaiamana nak mengalahkan si biru?” ; merujuk kepada warna pil viagra yang berwarna biru langit
    • Hasil kajian mendapati para pengguna Viagra tidak dapat berkenan dengan warna biru pada viagra
    • Mereka menganggap yang warna biru melambangkan “menghidap penyakit & terlalu dingin”
    • Berdasarkan data kajian ini. pihak Levitra telah mengubah penampilan pada pil mereka dengan menukar warna kepada warna oren yang lebih terang & menyala
    • Sebagai tambahan, mereka turut menukar logo kepada warna oren & api yang berwarna ungu
    • Ini sebagai usaha untuk memberi gambaran kepada para pengguna mereka yang ubat mereka dapat membantu pesakit menjadi lebih bertenaga & berasa lebih muda!

 

Warna ubatĀ  & keselamatan

  • Kepelbagaian bentuk & warna ubat juga dapat membantu meningkatkan aspek keselamatan ubatan itu sendiri
  • Ini banyak membantu ahli farmasi daripada lebih banyak salah memberi ubat kepada pesakit.
  • Terdapat kes yang dilaporkan yang ahli farmasi silap memberi ubat kepada pesakit
  • Ini bukan sahaja tidak bagus untuk imej profesionalisma, namun yang lebih utama ialah keselamatan pesakit itu sendiri
  • Jika pesakit mengambil ubat yang salah pada dos yang salah, sudah pasti nyawa mereka akan terancam

Warna ubat & kecekapan penggunaan

  • Kajian yang dilakukan, dengan mewarnakan ubat, sedikit sebanyak dapat membantu pesakit mengambil ubat dengan lebih mudah
  • Lebih-lebih lagi warga emas yang perlu mengambil ubat yang kadang-kala tidak mempunyai penglihatan yang jelas
  • Warna ini dapat membantu mereka membezakan mana satu ubat yang perlu ditelan pada waktu yang ditetapkan
  • Contohnya untuk waktu malam, atuk perlu makan ubat kolesterol , vitamin & zat besi. Jadi jika ubat kolesterol berwarna merah jambu, vitamin berwarna oren terang & zat besi berwarna kuning, atuk akan lebih mudah untuk mengingat & mengambilnya dalam kuantiti & bilangan yang betul

 

Jadi kesimpulannya, warna pada ubat tidak membahayakan pesakit, malahan warna-warni ini dapat membantu pesakit & mengurangkan bahaya akibat kecuaian dalam pengambilan & pemberian ubat

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sharelah dengan orang lain

 

 

 

 

 

Rujukan:

  1. The Color of Medications – https://www.colormatters.com/color-symbolism/the-color-of-medications
  2. Why is that tablet blue? – https://www.pharmacist.com/why-tablet-blue
  3. Why are medicine capsules coloured?Ā – https://www.quora.com/Why-are-medicine-capsules-coloured
Posted on

Mereka sering dipersenda kerana berkulit gelap tapi mereka lebih bertuah daripada yang berkulit cerah

Kulit gelap adalah satu satu anugerah tuhan kepada makhluk yang dicipta-Nya

Kulit gelap secara semulajadinya kaya dengan kandungan pigmen melanin & memiliki lebih banyak melanosomes

Melanosomes memberikan perlindungan unggul terhadap punca kerosakan yang disebabkan oleh radiasi sinaran ultraviolet (UVR)

Secara amnya,pancaran sinaran radiasai ultraviolet yang paling kerap & paling tinggi kita hadapi adalah daripada pendedahan kepada pancaran sinaran matahari

Orang yang berkulit gelap amat bertuah di Malaysia ini kerana mereka bakal mendapat manfaat yang lebih

Pigmentasi gelap pada kulit mereka dapat membantu:

  • Ā melindungi daripada kerosakan DNA
  • membantu menyerap jumlah radiasi UV yang betul untuk keperluan badan
  • membantu memberi perlindungan daripada masalah kekurangan Folate

 

Apakah itu Folate?

  • Ā Folate ialah Vitamin B Kompleks yang larut dalam air
  • biasanya banyak didapati di dalam sayuran berdaun hijau, bijian gandum penuh & buah-buahan citrus

Folate, wanita & kehamilan

 

  • Folate sangat penting untuk wanita.
  • Kandungan folate yang mencukupi sangat kritikal untuk mengekalkan kesihatan telur untuk menjamin kehamilan yang bagus & sempurna
  • Kandungan folate yang mencukupi dapat mengurangkan risiko keguguran semasa awal kehamilan kerana ia membantu proses pelekatan telur yang telah disenyawakan kepada dinding rahim
  • Folate juga sangat penting untuk perkembangan placenta selepas proses persenyawaan berlaku
  • Untuk menjamin perkembangan bayi dalam kandungan, perkemnbangan organ & pembentukan tiub saraf yang sempurna, memastikan kandungan folate yang mencukupi dalam badan semasa tempoh kehamilan adalah sangat penting juga

Folate, lelaki & kehamilan

  • Ā Folate penting untuk menjamin penghasilan sperma yang normal
  • Penghasilan sperma yang tidak normal akan sedikit sebanyak menjejaskan proses kehamilan pada si isteri

 

Folate & sistem saraf

  • Ā Folate juga memainkan peranan penting dalam pembentukan myelin
  • Myelin ialah sejenis bahan yang bertindak sebagai sarung yang meliputi sel saraf & menjadikan aktiviti penghantaran isyarat elektrik dalam sistem saraf menjadi lebih pantas
  • Ia juga sangat diperlukan dalam pembentukan kebanyakan sistem pemancar neuro dalam sistem saraf manusia seperti seratonin
  • Seratonin berfungsi sebagai pengawal selera makan, tidur & juga perasaaan dalam manusia

 

Folate akan terurai apabila terdedah kepada pancaran sinaran radiasi UV yang tinggi

Kandungan melanin yang tinggi dalam pigmen kulit gelap memberikan kelebihan ini & ini mengurangkan risiko mereka mendapat kanser kulit & kerosakan sistem saraf akibat kekurangan folate

 

Melanin & kesihatan kulit

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 telah merumuskan penemuan baharu tentang kelebihan mereka yang berkulit gelap ini

” Hasil kerja yang dilakukan di dalam makmal telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pigmentasi kulit yang lebih gelap memiliki lebih fungsi, termasuk lebih bagus dalam menghalang kehilangan air pada kulit, mempunyai keutuhan kulit yang lebih tinggi & perlindungan terhadap antimicrobial yang lebih bagus, & kami mula untuk berfikir tentang kemungkinan proses evolusi yang lebih nyata” Peter Elias, MD, Professor Dermatologi

 

Hasil kajian oleh Elias & kumpulannya, mereka mendapati bacaan nilai pH kulit yang berpigmen gelap adalah lebih rendah daripada kulit berpigmen cerah

Ini menunjukkan yang permukaan kulit yang gelap adalah lebih berasid

Lebih tinggi kandungan asid, lebih tinggi perlindungan yang diberikan terhadap microb patogenik & pada masa yang sama meninggikan penghasilan molekul yang kritikal untuk kulit menyimpan & mengekalkan kelembapan

 

Kesimpulannya, setiap kejadian Tuhan itu mempunyai kelebihan

Janganlah kita mempersenda atau menjadikan mereka yang berkulit gelap itu sebagai bahan jenaka mahupun bahan marketing untuk produk & perniagaan kita

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sharelah dengan mereka yang anda kasihi

Posted on

Pankreas – apa yang anda wajib tahu agar tidak merana

Pankreas – apakah itu pankreas?

  • Pankreas ialah organ manusia yang terletak di dalam abdomen (bahagian perut)
  • sebahagian daripada organ yang membentuk sistem pencernaan manusia

 


Fungsi utama pankreas.

Menghasilkan Jus Pankreas

  • jus pankreas mengandungi enzim
  • antara enzim yang terkandung dalam jus pankreas ialah:
    1. Trypsin & chymotrypsin – berfungsi untuk mencernakan protein dalam makanan yang diambil
    2. Amylase – untuk mencernakan karbohidrat
    3. Lipase – untuk menguraikan lemak

 

Menghasilkan hormon

  • antara hormon yang dihasilkan oleh pankreas ialah insulin
  • Insulin ialah hormon yang penting untuk mengawal kandungan gula (glukosa) dalam darah manusia

 


 

Jenis penyakit yang berkaitan dengan pankreas

 

Pankreatitis (pancreatitis)

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Pankreatitis?
  • Pankreatitis adalah keadaan di mana pankreas mengalami keradangan
  • Keradangan pada pankreas biasanya disebabkan oleh rembesan enzim pankreas itu sendiri yang aktif di dalam pankreas & menyebabkan pankreas mula terhakis
  • Enzim pankreas dirembeskan ke dalam saluran usus manusia melalui satu saluran khusus daripada pankreas ke usus itu sendiri, bukannya di dalam pankreas itu

Jenis-jenis Pankreatitis

  1. Pankreatitis Akut
    • Apakah yang dimaksudkan dengan akut?
    • Akut dimaksudkan sebagai sesuatu yang terjadi secara tiba-tiba & dalam jangkamasa yang pendek
    • Kebanyakan insiden pankreatitis yang dilaporkan adalah jenis pankreatitis akut
    • Pankreatitis akut terbahagi kepada:
      1. Pankreatitis akut ringan (mild acute pancreatitis)
      2. Pankreatitis akut parah (severe acute pancreatitis)
    • Peluang penyembuhan untuk pankreatitis akut ringan adalah lebih cerah
    • Manakala pankreatitis akut parah boleh melibatkan keradangan, kerosakan & jangkitan pada pankreas
    • Pankreatitis akut parah mesti dirawat dengan segera kerana boleh menyebabkan kematian

 

Penyebab terjadinya Pankreatitis Akut

  1. pembentukan batu hempedu yang menyebabkan sekatan pada saluran hempedu ataupun saluran pankreas
  2. pengambilan minuman beralkohol
  3. kecederaan pada perut
  4. ubat-ubatan
  5. kandungan trigliserida (sejenis lemak) yang tinggi dalam darah

Simptom Pankreatitis Akut

  1. sakit yang teruk pada bahagian abdomen – sering disalah anggap sebagai gastrik
  2. sakit yang merebak ke bahagian belakang badan daripada bahagian abdomen depan
  3. kesakitan yang lebih teruk dapat dirasai pada bahagian abdomen selepas makan (terutama makanan yang berlemak tinggi) atau selepas minum
  4. berasa loya & muntah-muntah
  5. demam
  6. kembung perut
  7. jantung berdenyut dengan cepat
  8. dehidrasi (kurang air dalam badan)
  9. tekanan darah menjadi rendah

 

2. Pankreatitis kronik

  • punca utama adalah meminum minuman beralkohol dalam tempoh masa yang panjang

 

Simptom pankreatitis kronik

  1. sakit yang tidak terlalu teruk pada bahagian atas abdomen, namun ia mungkin berterusan dalam tempoh jangka masa yang panjang
  2. berasa letih
  3. sentiasa berasa lesu
  4. Najis berminyak (najis terapung dalam mangkuk tandas & susah untuk dipam)
  5. Berat badan menurun tanpa sebab
  6. Diabetes

 

 

 

Kanser Pankreas

  • apakah itu Kanser Pankreas?
  • kanser pankreas ialah kanser yang bermula daripada tisu-tisu di dalam pankreas
  • sejenis kanser yang agresif & biasanya mudah merebak ke organ berhampiran dengan pankreas

Faktor risiko kanser pankreas

  • Faktor-faktor yang mungkin meningkatkan risiko mendapat kanser pankreas adalah seperti berikut
    1. Pankreatitis kronik
    2. Diabetes (kencing manis)
    3. Sejarah keluarga dengan sindrom genetik yang boleh menyebabkan risiko kanser meningkat
    4. Merokok
    5. Sejarah keluarga yang pernah mendapat kanser pankreas
    6. Obesiti – mempunyai berat badan yang sangat berlebihan
    7. Usia yang meningkat
  • Hasil kajian yang meluas mendapati 3 gabungan faktor dibawah meningkatkan risiko mendapat kanser pankreas dengan lebih tinggi:
    • perokok tegar
    • telah lama mengidap diabetes (lebih daripada 5 tahun)
    • diet yang teruk (tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat)

 

 

Simptom & komplikasi kanser pankreas

  • Simptom & komplikasi kanser pankreas adalah seperti di bawah:
    1. Berat badan menyusut tanpa sebab
    2. Jaundis :
      • kulit & mata menjadi kuning
      • air kencing berwarna gelap & pekat
      • tahi berwarna pucat
      • biasanya berlaku tanpa rasa sakit pada bahagian abdomen
    3. Merasa sakit pada bahagian abdomen
    4. Halangan pada usus

 

Cara mencegah kanser pankreas:

  1. Berhenti merokok serta merta
  2. Kekalkan berat badan ideal
  3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat

 


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua

 

Kongsi artikel ini dengan insan yang anda kasihi & ambil berat

 

 


Sumber info:
  • Pankreatitis punca keradangan usus – http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm
  • https://www.pancreaticcancer.org.uk/information-and-support/facts-about-pancreatic-cancer/what-is-the-pancreas/
  • https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pancreatic-cancer/symptoms-causes/syc-20355421
  • http://columbiasurgery.org/pancreas/pancreas-and-its-functions