Posted on

Pankreas – apa yang anda wajib tahu agar tidak merana

Pankreas – apakah itu pankreas?

  • Pankreas ialah organ manusia yang terletak di dalam abdomen (bahagian perut)
  • sebahagian daripada organ yang membentuk sistem pencernaan manusia

 


Fungsi utama pankreas.

Menghasilkan Jus Pankreas

  • jus pankreas mengandungi enzim
  • antara enzim yang terkandung dalam jus pankreas ialah:
    1. Trypsin & chymotrypsin – berfungsi untuk mencernakan protein dalam makanan yang diambil
    2. Amylase – untuk mencernakan karbohidrat
    3. Lipase – untuk menguraikan lemak

 

Menghasilkan hormon

  • antara hormon yang dihasilkan oleh pankreas ialah insulin
  • Insulin ialah hormon yang penting untuk mengawal kandungan gula (glukosa) dalam darah manusia

 


 

Jenis penyakit yang berkaitan dengan pankreas

 

Pankreatitis (pancreatitis)

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Pankreatitis?
  • Pankreatitis adalah keadaan di mana pankreas mengalami keradangan
  • Keradangan pada pankreas biasanya disebabkan oleh rembesan enzim pankreas itu sendiri yang aktif di dalam pankreas & menyebabkan pankreas mula terhakis
  • Enzim pankreas dirembeskan ke dalam saluran usus manusia melalui satu saluran khusus daripada pankreas ke usus itu sendiri, bukannya di dalam pankreas itu

Jenis-jenis Pankreatitis

  1. Pankreatitis Akut
    • Apakah yang dimaksudkan dengan akut?
    • Akut dimaksudkan sebagai sesuatu yang terjadi secara tiba-tiba & dalam jangkamasa yang pendek
    • Kebanyakan insiden pankreatitis yang dilaporkan adalah jenis pankreatitis akut
    • Pankreatitis akut terbahagi kepada:
      1. Pankreatitis akut ringan (mild acute pancreatitis)
      2. Pankreatitis akut parah (severe acute pancreatitis)
    • Peluang penyembuhan untuk pankreatitis akut ringan adalah lebih cerah
    • Manakala pankreatitis akut parah boleh melibatkan keradangan, kerosakan & jangkitan pada pankreas
    • Pankreatitis akut parah mesti dirawat dengan segera kerana boleh menyebabkan kematian

 

Penyebab terjadinya Pankreatitis Akut

  1. pembentukan batu hempedu yang menyebabkan sekatan pada saluran hempedu ataupun saluran pankreas
  2. pengambilan minuman beralkohol
  3. kecederaan pada perut
  4. ubat-ubatan
  5. kandungan trigliserida (sejenis lemak) yang tinggi dalam darah

Simptom Pankreatitis Akut

  1. sakit yang teruk pada bahagian abdomen – sering disalah anggap sebagai gastrik
  2. sakit yang merebak ke bahagian belakang badan daripada bahagian abdomen depan
  3. kesakitan yang lebih teruk dapat dirasai pada bahagian abdomen selepas makan (terutama makanan yang berlemak tinggi) atau selepas minum
  4. berasa loya & muntah-muntah
  5. demam
  6. kembung perut
  7. jantung berdenyut dengan cepat
  8. dehidrasi (kurang air dalam badan)
  9. tekanan darah menjadi rendah

 

2. Pankreatitis kronik

  • punca utama adalah meminum minuman beralkohol dalam tempoh masa yang panjang

 

Simptom pankreatitis kronik

  1. sakit yang tidak terlalu teruk pada bahagian atas abdomen, namun ia mungkin berterusan dalam tempoh jangka masa yang panjang
  2. berasa letih
  3. sentiasa berasa lesu
  4. Najis berminyak (najis terapung dalam mangkuk tandas & susah untuk dipam)
  5. Berat badan menurun tanpa sebab
  6. Diabetes

 

 

 

Kanser Pankreas

  • apakah itu Kanser Pankreas?
  • kanser pankreas ialah kanser yang bermula daripada tisu-tisu di dalam pankreas
  • sejenis kanser yang agresif & biasanya mudah merebak ke organ berhampiran dengan pankreas

Faktor risiko kanser pankreas

  • Faktor-faktor yang mungkin meningkatkan risiko mendapat kanser pankreas adalah seperti berikut
    1. Pankreatitis kronik
    2. Diabetes (kencing manis)
    3. Sejarah keluarga dengan sindrom genetik yang boleh menyebabkan risiko kanser meningkat
    4. Merokok
    5. Sejarah keluarga yang pernah mendapat kanser pankreas
    6. Obesiti – mempunyai berat badan yang sangat berlebihan
    7. Usia yang meningkat
  • Hasil kajian yang meluas mendapati 3 gabungan faktor dibawah meningkatkan risiko mendapat kanser pankreas dengan lebih tinggi:
    • perokok tegar
    • telah lama mengidap diabetes (lebih daripada 5 tahun)
    • diet yang teruk (tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat)

 

 

Simptom & komplikasi kanser pankreas

  • Simptom & komplikasi kanser pankreas adalah seperti di bawah:
    1. Berat badan menyusut tanpa sebab
    2. Jaundis :
      • kulit & mata menjadi kuning
      • air kencing berwarna gelap & pekat
      • tahi berwarna pucat
      • biasanya berlaku tanpa rasa sakit pada bahagian abdomen
    3. Merasa sakit pada bahagian abdomen
    4. Halangan pada usus

 

Cara mencegah kanser pankreas:

  1. Berhenti merokok serta merta
  2. Kekalkan berat badan ideal
  3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat

 


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua

 

Kongsi artikel ini dengan insan yang anda kasihi & ambil berat

 

 


Sumber info:
  • Pankreatitis punca keradangan usus – http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm
  • https://www.pancreaticcancer.org.uk/information-and-support/facts-about-pancreatic-cancer/what-is-the-pancreas/
  • https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pancreatic-cancer/symptoms-causes/syc-20355421
  • http://columbiasurgery.org/pancreas/pancreas-and-its-functions