Posted on

Tempe: Kebaikan Makanan Kegemaran Orang Jawa

Asal Jawa je mesti selalu kena dikaitkan dengan tempe kan?

Populasi Jawa yang mendominasi sebahagian besar negeri Selangor, Johor & Perak memang terkenal dengan masakan menu enak berasaskan tempe

Sebut sahaja menu berasaskan tempe, daripada yang rebus, gulai, bergoreng, bersambal semua ada.

Cuma belum pernah dengar lagi kombinasi tempe dengan cheese lagi.

Ke dah ada?

Artikel ini  akan berkongsi 3 kebaikan utama makanan murah & berkhasiat kegemaran orang Jawa yang dipanggil tempe ini

 

Kebaikan Tempe Nombor Satu: Tempe kaya dengan kandungan kalsium setanding dengan susu

Penemuan ini adalah hasil kajian kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar [1]

Bahan utama tempe iaitu kacang soya mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang amat diperlukan untuk penjagaan tulang yang kuat.

Kalsium yang diserap oleh tulang manusia mampu menjadikan tulang lebih kukuh.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan masalah osteoporosis yang teruk.

Masalah osteoporosis lebih sinonim dengan kaum wanita kerana kebanyakan wanita yang mengandung, bayi dalam kandungan akan bertindak menyedut kandungan kalsium dalam badan ibu untuk proses pembesaran janin

Prof Suzana berkata tempe didapati dapat menyediakan kalsium yang diperlukan oleh wanita yang menghadapi risiko tulang rapuh.

“Empat keratan tempe adalah setara dengan sejumlah serapan kalsium yang diperolehi dari satu gelas susu,” katanya semasa sidang akhbar ‘Tempe Mengandungi Kalsium Setanding Susu’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini adalah satu berita baik untuk mereka yang mengalami masalah Lactose Intolerent. Mereka yang menghidapi masalah lactose intolerent biasanya tidak dapat meminum produk tenusu yang mempunyai kandungan Laktosa yang tinggi di dalamnya

Dari segi sudut ekonomi, harga tempe yang mampu milik ternyata menjadi alternatif yang lebih baik kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan sumber kalsium yang murah, mudah & banyak.

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Dua: Sumber protein yang bagus

Kacang soya yang merupakan bahan asas pembuatan tempe merupakan daripada keluarga Legum.

Seperti yang kita sedia maklum,antara sumber protein semulajadi yang tinggi boleh didapati daripada tumbuhan keluarga legum, ikan & daging

Kenapa protein penting dalam diet seharian kita?

  • untuk pertumbuhan & membaiki tisu-tisu dalam badan
  • membantu mengekalkan kandungan cecair dalam tubuh badan
  • membantu meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dengan meningkatkan keupayaan antibodi dalam badan
  • membantu enzim-enzim dalam badan untuk berfungsi dengan sempurna

Jadi, dengan menambah hidangan tempe dalam diet pemakanan anda, secara tidak langsung anda boleh mendapat sumber protein yang murah & mudah

 

 

 

Kebaikan Tempe Nombor Tiga: Membantu Meningkatkan kesihatan Usus

Saban hari kita dihidangkan dengan iklan di media massa tentang kebaikan minuman kultur yang kaya dengan kandungan bakteria baik untuk usus kan?

Bermacam-macam jenama berlumba-lumba mengeluarkan kempen-kempen iklan untuk mempromosikan kebaikan minuman berkultur dengan bakteria prebiotic ini.

Namun, kebanyakan minuman probiotic di pasaran juga didapati mengandungi kandungan gula tambahan yang tinggi.

Niat kita nak bagi anak-anak kita membesar dengan sihat sebab sistem pencernaan mereka lebih sihat, alih-alih anak-anak kita boleh terdedah kepada risiko obesiti & diabetes pula

Menakutkan kannnn?

Jadi, apakata ibu-ibu bertukar kepada alternatif yang lebih murah, mudah & sihat untuk membekalkan probiotic kepada anak-anak anda.

Untuk menghasilkan tempe, kacang soya perlu ditapai & dibiarkan pada tempoh masa tertentu sebelum ia menjadi tempe.[2]

Proses penapaian ini turut menghasilkan bakteria probiotic yang sangat bagus untuk kesihatan usus.

Jadi, jadilah ibu-ibu yang lebih bijak & prihatin

Berilah tempe kepada anak-anak anda sebagai alternatif minuman kultur probiotic yang tinggi gula di pasaran

 

 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share dengan mereka yang anda kasihi