Posted on

Kuiz Kesihatan Kewangan Anda

Sharing is caring!

Bagaimanakaha tahap kesihatan kewangan anda?

Menurut laporan Kementerian Kewangan, untuk tahun 2018,  jumlah hutang isi rumah sebagai nisbah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat 83.2 peratus pada akhir September 2018 berbanding 83.8 peratus pada akhir tahun lalu

Sejumlah besar daripada hutang isi rumah adalah seperti berikut:

  • untuk pengumpulan harta kekayaan seperti membeli kediaman (52.8 peratus),
  • bukan kediaman (6.8 peratus)
  • pelaburan dalam dana simpanan (5.7 peratus).

Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng turut menambah:

“Median nisbah khidmat hutang (DSR) keseluruhan bagi pembiayaan terkumpul adalah 32 peratus namun, masih ada peminjam yang mempunyai kedudukan kewangan lemah.

“Sejumlah 6.5 peratus daripada keseluruhan peminjam mempunyai margin kewangan negatif dan berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, malah memiliki DSR melebihi 60 peratus.

“Justeru, antara langkah diambil kerajaan untuk mengurangkan beban ditanggung isi rumah menerusi memupuk amalan kredit yang bertanggungjawab dalam kalangan individu dan institusi kewangan.

“Ini turut termasuk mengelak isi rumah daripada berhutang secara berlebihan,” katanya.

Sumber: BH Online

Mengikut data terbaru yang diperolehi daripada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk status Muflis & Kebangkrapan 2018 adalah seperti berikut:

Jumlah keseluruhan kes baru kebangkrapan yang difailkan untuk tahun 2018 – 16 482 kes

 

Negeri Tertinggi Kebangkrapan di laporkan: Selangor – 4191 kes

Negeri Terendah Kebangkrapan dilaporkan: Perlis – 96 kes

 

Golongan umur yang tertinggi kebangkrapan difailkan untuk tahun 2018: 35-44 tahun (5958 kes)

Pecahan Jantina laporan kebangkrapan difailkan untuk tahun 2018:

Lelaki – 11,760 kes

Perempuan – 4,722 kes

 

Pecahan mengikut bangsa laporan kebangkarapan difailkan untuk tahun 2018:

Melayu – 9 563 kes

Cina – 3 961 kes

India – 1 701 kes

Lain-lain – 1 257 kes 

 

Jika dilihat pada statistik yang dikeluarkan, tahap kesihatan kewangan paling membimbangkan adalah seperti berikut:

Bangsa paling tinggi masalah kesihatan kewangan – Melayu

Jantina paling tinggi masalah kesihatan kewangan – Lelaki

Golongan paling tinggi masalah kesihatan kewangan – 35-44 tahun

 

Ramai antara kita yang terlepas pandang masalah lain yang akan timbul berpunca daripada masalah kesihatan kewangan yang dihadapi

Antara kesan yang boleh terjadi adalah:

  • peningkatan masalah sosial
  • peningkatan masalah jenayah di kalangan masyarakat
  • peningkatan masalah kesihatan

Masalah kesihatan yang sering dikaitkan dengan masalah kewangan antaranya adalah masalah kemurungan, keresahan & tekanan. Ambil ujian DASS Test Malaysia online ini untuk saringan awal tahap keterukan masalah Kemurungan, Keresahan & stress anda (Depression, Anxiety & Stress)

 

Adakah anda mempunyai Kesihatan Kewangan yang bagus ataupun nazak?

Kami telah membangunkan & menyediakan ujian ringkas untuk anda mengetahui tahap kesihatan kewangan anda.

Ujian ini hanya mengambil masa sekitar 3-5 minit untuk disempurnakan.

Terdapat 17 soalan ujian yang perlu anda jawab untuk mendapat keputusan Kesihatan Kewangan anda.

Panduan menjawap soalan:

  1. Baca soalan
  2. Pilih jawapan yang berkenaan tentang situasi anda sekarang (jawapan tiada salah & betul)
  3. Tekan butang berwarna hijau dengan tulisan “NEXT” di bawah
  4. Apabila anda telah sampai ke soalan terakhir & menjawapnya, tekan butang berwarna hijau “Get Test Result” untuk mendapatkan keputusan ujian kesihatan kewangan anda.

 

 

 

 

Required fields are marked *

Keputusan Ujian Akan Dihantar ke Alamat ini

1.Saya mempunyai wang yang mencukupi pada setiap bulan untuk membayar sewa rumah/ ansuran rumah / ansuran kereta & perbenlanjaan isi rumah yang lain *

1 out of 17

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *