Posted on

Ujian Tahap Kemurungan, Keresahan & Stress DASS21 Test Malaysia Percuma

Sharing is caring!

Apakah anda mengalami masalah mental yang antaranya merangkumi kemurungan(depression), keresahan (anxiety) & stress?

Adakah anda sedar atau tidak sebenarnya anda mengalami masalah mental yang serius?

Petikan kenyataan di bawah menunjukkan betapa seriusnya masalah mental yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sehingga tahun 2018

PUTRAJAYA, 11 OKT: Kira-kira 40 peratus daripada warga Malaysia dikuatiri menghadapi masalah kesihatan mental, ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tahun lalu, dilaporkan seramai 18,336 individu menderita tekanan perasaan berdasarkan imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu.

 

Katanya, daripada kajian dilakukan Kementerian Kesihatan itu mendapati, dari jumlah itu, seramai 11,811 menderita tekanan perasaan ringan, 3,680 sederhana dan 1,682 tekanan perasaan teruk.

“Mengikut Kajian Morbiditi Kesihatan dilaksanakan pada 2015, hampir 30 peratus dari penduduk Malaysia mengalami pelbagai penyakit mental psikiatri.

“Antaranya, kemurungan, penyakit yang lebih serius seperti schizophrenia, percubaan membunuh diri dan lain-lain.

“Statistik ini sebenarnya sangat membimbangkan kita. Pada saya ini bukan pengukur yang baik bagi negara kita. Pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia perlu meniliti kesihatan mental dari segi dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018, di sini.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Mental Health Foundation, Tan Sri Hashim Meon.

Pada masa sama, Wan Azizah berkata, gejala bunuh diri turut mencatatkan angka membimbangkan dan tidak boleh dipandang remeh.

“Di Malaysia sahaja, kajian Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan 2009 menunjukkan kadar bunuh diri masih lagi rendah (1.18 bagi setiap 100,000 penduduk).

“Ramai pakar berpendapat jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi. Anggarannya hampir 2,500 kes bunuh diri setiap tahun atau secara puratanya tujuh kes setiap hari,” katanya.

Beliau menyarankan rakyat Malaysia menghentikan sikap meminggirkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, sebaliknya membantu mereka.

sumber: Selangorkini

Salah satu kaedah ujian Psikologi untuk mengetahui betapa seriusnya anda menghadapi masalah kemurungan, keresahan & stress adalah dengan mengambil ujian DASS21  (Depression, Anxiety & Stress Scale)

Ujian DASS21 ini telah digunapakai secara oleh meluas oleh pakar-pakar Psikiatari di seluruh dunia

Ujian ini dibangunkan oleh Syd Lovibond and Peter Lovibond at the University of New South Wales in 1995.

DASS test Malaysia juga telah digunakan secara meluas.

Terjemahan untuk ujian DASS test Malaysia ini kepada bahasa Malaysia telah diusahakan oleh

Associate Professor Dr. Ramli Musa

Consultant Psychiatrist & Head, Department of Psychiatry,

Kulliyyah of Medicine, International Islamic University Malaysia,

 

Secara umumnya, ujian DASS 21 test Malaysia ini mengandungi 21 soalan & mengambil masa lebih kurang selama 3-5 minit untuk disempurnakan.

 

 

 

Adakah anda sudah bersedia untuk mengambil ujian DASS21 test Malaysia?

 

  • Sila baca setiap kenyataan di bawah dan pilih jawapan yang bersesuaian bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang minggu yang lalu.
  • Tiada jawapan yang betul atau salah.
  • Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab mana-mana kenyataan.
  • Tekan butang berwarna hijau dengan tulisan “NEXT” di bawah
  • Apabila anda telah sampai ke soalan terakhir & menjawapnya, tekan butang berwarna hijau “Get Test Result” untuk mendapatkan keputusan ujian DASS Test anda

 

Penafian: 
Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan
Saya maklum bahawa ujian ini adalah untuk saringan kesihatan minda dan saya perlu menghubungi pakar perubatan atau kaunselor sekiranya didapati keputusan ujian mendapati saya mempunyai skor kesihatan minda yang tidak sihat. Saya tidak akan menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalan mendiagnosis kesihatan minda saya secara tepat atas apa jua faktor.

 

 

 

 

 

Required fields are marked *

Keputusan Ujian Akan Di Hantar ke alamat email ini untuk rujukan peribadi anda

1.Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan *

1 out of 21

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *